LONDON: Keluarga seorang lelaki berusia 85 tahun yang tinggal dekat dengan kedutaan Britain di Khartoum, Sudan, mendakwa dia ditembak oleh penembak hendap dan isterinya meninggal dunia akibat kebuluran selepas ditinggalkan di negara itu, lapor Agensi Berita Jerman ( dpa).
Keluarga Abdalla Sholgami dan isterinya Alaweya Rishwan, 80, memberitahu BBC walaupun meminta bantuan beberapa hari selepas konflik bermula, mereka sebaliknya diarahkan keluar dari zon perang untuk menaiki pesawat di Khartoum.
Keluarga itu mendakwa mereka menghubungi talian hotline Pejabat Luar Britain namun kerajaan tidak membantu mereka sejak penerbangan pemindahan terakhir berlepas awal bulan ini, walaupun selepas pasukan tentera British dihantar untuk memindahkan kakitangan diplomatik.
Cucu perempuan Sholgami, Azhaar berkata kedutaan negara itu terlalu dekat dengan rumah datuk dan neneknya.
"Saya dimaklumkan 100 anggota tentera datang dan memindahkan kakitangan kedutaan," katanya yang kecewa dengan tindakan itu.
Pejabat Luar Negeri berkata kes itu "amat mendukacitakan" kerana keupayaan untuk memberikan bantuan konsular "amat terhad" dan tidak boleh memberikan sokongan secara peribadi di Sudan.
Keluarga itu mendakwa ketika Sholgami terpaksa mencari bantuan akibat kelaparan, dia ditembak tiga kali oleh penembak hendap.
Isterinya kemudian ditinggalkan di rumah itu dan akhirnya meninggal dunia manakala Sholgami melarikan diri dan selamat di Mesir.
Lebih 2,300 orang dipindahkan oleh kerajaan Britain dari Sudan menggunakan 28 penerbangan sejak pertempuran bermula pada April.
Pertempuran bermula pada 15 April selepas ketegangan beberapa bulan antara tentera yang diketuai Jeneral Abdel-Fattah Burhan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces pimpinan Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Abdalla Sholgami (kanan) ditembak penembak hendap dan isterinya Alaweya Rishwan (kiri) meninggal dunia akibat kebuluran selepas ditinggalkan di Sudan. -Foto media sosial

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Warga British ditembak, isteri maut akibat kebuluran selepas ditinggalkan di Sudan
Keluarga seorang lelaki berusia 85 tahun yang tinggal dekat dengan kedutaan Britain di Khartoum, Sudan, mendakwa dia ditembak oleh penembak hendap dan isterinya meninggal dunia akibat kebuluran selepa