Lebih kurang 63 juta wanita Muslim berbelanja lebih daripada AS$80 bilion atau RM335 bilion ketika membuat perjalanan pada tahun lepas, menurut laporan yang dikeluarkan oleh MasterCard dan CrescentRating.
Laporan 'CrescentRating Muslim Women in Travel 2019' menunjukkan wanita Islam membentuk 45 peratus daripada pelawat Muslim di peringkat global.
Tahun lepas merekodkan sebanyak 28 peratus wanita Muslim membuat perjalanan secara solo, ini mencerminkan golongan muda wanita Islam, sudah bersedia untuk meneroka dunia.
Manakala, dua pertiga terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun atau lebih muda, menunjukkan wanita Muslim menjadi pendorong utama dalam industri pelancongan.
Lebih separuh daripada mereka menggunakan platform media sosial untuk mencari penginapan, logistik dan tempat makan.
Malaysia mendahului senarai 10 negara yang paling popular di dunia sebagai destinasi mesra wanita Muslim, di hadapan Emiriyah Arab Bersatu, Turki dan Indonesia, kata laporan itu.
"Walaupun perkembangan pesat dalam pasaran perjalanan wanita Islam, kajian mengenai perkembangan ini masih lagi amat kurang, khususnya bagi memahami segmen tersebut, dengan tujuan untuk melihat cabaran spesifik yang mereka tanggung.
Katanya, lebihan pendapatan di kalangan wanita Muslim sudah semakin bertambah dengan sebahagian besar daripada mereka mengadakan perjalanan sebanyak dua hingga tiga kali setahun.
Seramai 90 peratus daripada mereka membuat perjalanan untuk tujuan riadah, diikuti dengan perjalanan berkaitan keagamaan (21 peratus) dan perniagaan (11 peratus).
Kajian juga mengesahkan bahawa wanita muslim banyak mempengaruhi rancangan perjalanan tanpa mengambil kira siapa peneman mereka tetapi majoriti atau 71 peratus, akan melakukan perjalanan dengan keluarga dan lebih suka memilih destinasi yang mesra famili.
Pelancong wanita Muslim juga turut menitik beratkan kemudahan keagamaan semasa dalam lawatan mereka dengan 94 peratus daripada responden, memberi keutamaan ke atas makanan halal.
"Akses kepada fasiliti keagamaan dengan bilik solat wanita (86 peratus) dan spa serta salun kecantikan untuk wanita sahaja (79 peratus), menjadi faktor utama dalam itinerari mereka.
"Keadilan sosial, bahagian terpenting dalam keyakinan mereka, juga mempengaruhi perancangan perjalanan mereka, dengan 73 peratus memilih perjalanan luar negara yang mesra alam," kata laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 23 2019
Menurut laporan, Malaysia mendahului senarai 10 negara paling popular di dunia sebagai destinasi mesra wanita Muslim, di hadapan Emiriyah Arab Bersatu, Turki dan Indonesia. REUTERS/Gambar fail
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Wanita Muslim belanja lebih RM335 bilion semasa melancong
Laporan 'CrescentRating Muslim Women in Travel 2019' menunjukkan wanita Islam membentuk 45 peratus daripada pelawat Muslim di peringkat global.