Seorang wanita berusia 22 tahun mati diserang seekor singa betina ketika lawatan di sebuah tempat perlindungan haiwan liar, di Afrika Selatan.

Kawasan itu dikenali sebagai Dinokeng Game Reserve berhampiran Pretoria yang dikendalikan oleh Kevin Richardson terkenal sebagai 'pembisik singa'.

Identiti sebenar wanita itu tidak didedahkan dan disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius selepas dipukul singa betina, menurut laporan CNN.

Richardson menyatakan bahawa dia bersama rakan sekerjanya yang berpengalaman sedang membawa tiga ekor singa berjalan-jalan di rizab tersebut.

Singa betina tersebut mengejar seekor kijang dan secara tidak sengaja bertembung dengan wanita terbabit.

Difahamkan bahawa remaja tersebut melawat Dinokeng Game Reserve bersama rakannya yang menemu bual pengurus kem sebagai tugasan, sebelum diserang berhampiran kenderaan yang dinaiki mereka.


Richardson bersedih dan terkejut atas kejadian yang menimpa wanita tersebut melalui akaun Instagram.

Dinokeng Game Reserve merupakan sebuah rizab haiwan yang hidup secara semula jadi rantaian bebas pertama di dunia.