Pihak berkuasa Israel hari ini mengumumkan telah memulakan siasatan terhadap sepotong video yang memaparkan sekumpulan pelampau Yahudi bersenjata di sebuah majlis perkahwinan meraikan kematian seorang anak kecil warga Palestin yang maut dalam satu insiden pengeboman oleh rejim.
Video yang disiarkan oleh sebuah program berita Israel itu terus menjadi viral dan mendapat kritikan hebat daripada ahli politik Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Video itu antara lain memaparkan sekumpulan hadirin menari dengan senjata api, pisau dan bom molotov cocktail yang belum dinyalakan sambil dilihat menikam gambar anak kecil yang terbunuh dalam insiden pengeboman yang dikatakan dilakukan oleh pihak pelampau Yahudi.
Media Israel melaporkan bahawa pengantin lelaki sebelum ini telah disiasat atas perbuatan "keganasan Yahudi" manakala peserta lain adalah kawan-kawan atau saudara-mara suspek yang ditangkap atas insiden yang berlaku pada Julai.
Netanyahu menganggap video itu sebagai "mengejutkan" dan berkata ia menunjukkan "wajah sebenar kumpulan yang membahayakan masyarakat Israel dan keselamatan Israel."
Dalam beberapa minggu ini, pihak berkuasa Israel telah menahan beberapa suspek atas insiden yang berlaku pada 31 Julai di Duma yang merupakan sebuah perkampungan di Tebing Barat, namun belum ada yang didakwa setakat ini.
Insiden berkenaan menyebabkan kematian ke atas Ali Saad Dawabsha yang berusia 18 bulan dan ibu bapa bayi malang itu.
Anak lelaki pasangan itu yang berusia empat tahun terselamat dalam insiden itu.
AFP
Thu Dec 24 2015

Insiden pengeboman di Duma menyebabkan kematian Ali Saad Dawabsha (gambar) yang berusia 18 bulan dan ibu bapa beliau. -AFP PHOTO/JAAFAR ASHTIYEH
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Video viral raikan pembunuhan bayi Palestin papar sisi keji pelampau Yahudi
Video yang disiarkan oleh sebuah program berita Israel terus menjadi viral dan mendapat kritikan hebat daripada ahli politik Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.