Klip video yang menampilkan wanita pertama Amerika Syarikat Michelle Obama telah menarik perhatian orang ramai khususnya pengunjung laman YouTube.

Video tersebut memaparkan isteri presiden AS Barack Obama digandingkan dengan pengacara rancangan lawak Jimmy Fallon.

Fallon dan Michelle dilihat berpakaian seperti wanita konservatif dengan seluar 'slack' serta 'cardigan'.

Gandingan itu mempersembahkan tarian yang dipanggil ‘Evolution of Mom Dancing’ (evolusi tarian kaum ibu).

Tarian itu adalah sempena mempromosikan kempen yang dijalankan Obama, “Let’s Move!”.

Sejak ia dimuatnaik pada Sabtu, video tersebut telah menarik minat lebih setengah juta penonton dan menerima lebih 10,000 ‘like’.

Saksikan klip video ini.