WASHINGTON: Presiden Joe Biden pada Khamis mengumumkan pelbagai langkah baharu dalam usaha untuk memerangi COVID-19, selepas dua kes melibatkan varian Omicron dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).
"Pelan baharu itu adalah gabungan daripada nasihat-nasihat yang diutarakan anda semua dan ia tidak melibatkan sekatan pergerakan tetapi liputan vaksinasi dan suntikan dos penggalak yang lebih meluas dan ujian saringan dan banyak lagi," kata Biden, lapor Agensi Berita Xinhua.
Biden berkata langkah itu akan membolehkan sekolah dan perniagaan kekal dibuka sambil memastikan rakyat AS selamat.
"Kami akan melawan varian ini dengan sains dan kecekapan bukan secara huru-hara dan kekeliruan," katanya.
Tindakan baharu itu termasuk meningkatkan liputan vaksinasi COVID-19 di seluruh AS, mengetatkan protokol ujian saringan untuk semua pengembara antarabangsa dan mewajibkan ujian negatif sehari sebelum berlepas ke negara ini.
Sebelum ini, pentadbiran Biden telah mengumumkan sekatan perjalanan dari Afrika Selatan dan tujuh negara selatan Afrika, susulan kes varian Omicron.
AS juga mengumumkan rancangan untuk melanjutkan peraturan pemakaian pelitup muka untuk perjalanan domestik sehingga pertengahan Mac 2022. Peraturan pelitup muka itu pada awalnya dijadualkan tamat Januari 2022.
Kes kedua varian Omicron di AS dilaporkan di Minnesota pada Khamis, sehari selepas kes pertama disahkan di California.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
![Varian Omicron: Biden umum langkah keselamatan baharu Varian Omicron: Biden umum langkah keselamatan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637713489_JoeBiden.jpg)
Biden berkata langkah itu akan membolehkan sekolah dan perniagaan kekal dibuka sambil memastikan rakyat AS selamat. -Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703822831_pelitupmuka.jpg)
COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
![COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667293529_COVID.jpg)
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
![COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023 COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695745453_950x600.jpg)
COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
![COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673338054_TBSAMPELCOVID.jpg)
COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron
Daripada jumlah itu, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).
![COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5 COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657360297_Omicron.jpg)
COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5
Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.
![Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu Eris Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu Eris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692254138_GreenwichPark.jpg)
Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu "Eris"
Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.
![COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678344060_jakartacovid.jpg)
COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini
Indonesia mengesan lima kes baharu subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat semalam.
![Kes COVID-19 dalam negara masih terkawal - Dr Zaliha Kes COVID-19 dalam negara masih terkawal - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681807258_ZalihaMustafa.jpg)
Kes COVID-19 dalam negara masih terkawal - Dr Zaliha
Kes COVID-19 di dalam negara ini masih lagi terkawal meskipun berlaku sedikit peningkatan kebelakangan ini dan rakyat tidak perlu panik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
![Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637121306_australia.jpg)
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.