PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin mengumumkan langkah-langkah terbaharu dalam memperluaskan program vaksinasi di negara itu.
Biden pada masa sama menegaskan, rakyat perlu terus waspada susulan gelombang keempat yang dijangka berlaku.
"Minggu ini, menerusi pentadbiran saya, kerja-kerja intensif dengan pengeluar vaksin dan usaha pengedaran, jumlah vaksin yang boleh diberikan di pusat vaksinasi akan mencatat rekod baharu dengan 33 juta dos.
"Dengan lebih banyak bekalan vaksin di negeri-negeri, pusat kesihatan komuniti dan farmasi, kita boleh memvaksinasi kumpulan risiko tinggi dengan lebih cepat berbanding apa yang telah kita lakukan," katanya di White House, Washington DC.
Pengarah Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit, Dr Rochelle Walensky sebelum ini mendedahkan, peningkatan kes di negara itu adalah sekitar 10 peratus minggu lalu.
Ia menyaksikan peningkatan sehingga 60,000 kes sehari dengan kadar mereka yang ditahan di wad dan angka kematian juga meningkat.
Justeru, Biden menggesa agar orang ramai tidak memandang remeh perkara tersebut dan terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Ia termasuk menyeru agar kerajaan negeri dan pemimpin komuniti melaksanakan semula perintah pemakaian pelitup muka.
"Jika kita leka, kita akan lihat keadaan penularan virus ini semakin teruk, bukannya semakin baik. Orang ramai semakin lalai dan tidak berjaga-jaga, ini sangat tidak baik."
Biden mengumumkan, menjelang 19 April, sekurang-kurangnya 90 peratus populasi dewasa AS layak mendapat vaksinasi - dan akan mendapat akses ke pusat vaksinasi dalam jarak 5 batu dari rumah mereka.
Sementara itu, White House juga sedang berusaha menggandakan jumlah farmasi yang mengambil bahagian dalam program farmasi runcit persekutuan dan meningkatkan jumlah dos untuk mereka edarkan.
Program itu merupakan antara saluran paling berkesan untuk pemberian vaksin.
Astro Awani
Mon Mar 29 2021
Joe Biden bercakap pada satu majlis di White House, Washington, 29 Mac, 2021. (Foto AP)
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Fasa akhir kempen vaksinasi polio di utara Gaza disambung - WHO
WHO merancang untuk memberikan dos kedua vaksin polio oral kepada 119,000 kanak-kanak di kawasan berkenaan.
Kempen vaksin polio di Gaza terhenti akibat pengeboman - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan bahawa kempen vaksinasi polio di utara Gaza terpaksa ditangguhkan berikutan pengeboman oleh Israel dan perpindahan penduduk.
Kerajaan belum cadang laksana program vaksinasi mpox di Malaysia
Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit cacar monyet atau mpox untuk rakyat negara ini.
Mendepani cabaran hepatitis di Malaysia
Stigma yang dikaitkan dengan penyakit hepatitis atau radang hati menjadi salah satu halangan kepada pengurusan penyakit itu dengan berkesan malah membuatkan orang ramai enggan melakukan saringan.
Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning
Menteri Kesihatan Ruth Aceng berkata kempen itu akan diadakan di enam wilayah.
COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini
Sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian terperinci.
Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy
Khairy menegaskan komunikasi yang tepat dan jelas memainkan peranan penting untuk merubah gaya hidup masyarakat, sekaligus melindungi sistem penjagaan kesihatan.
Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.
JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids
Pasukan itu melibatkan pelbagai agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan berkaitan.
Negara lepasi kemuncak Omicron, tapi SOP masih berkuat kuasa - Khairy
Khairy mengingatkan bahawa masih terdapat SOP yang perlu diikuti, untuk terus memastikan jangkitan COVID-19 stabil di negara ini.