UMUR yang mencecah satu abad bukan penghalang untuk seorang wanita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak tersayang.
Ini dapat dibuktikan apabila seorang ibu, Ada, 98 tahun sanggup berpindah ke sebuah pusat penjagaan untuk menjaga anak lelakinya Tom Keating, 80 tahun.
Sukar dibayangkan walaupun anaknya sudah berusia 80 tahun, naluri seorang ibu tetap ada saat anaknya memerlukan perhatian dan penjagaan.
Menurut laporan Daily Mail, Tom menjadi penghuni Moss View, Huyton sejak 2016 kerana dia memerlukan penjagaan tambahan.
Ibu dan anak yang berasal dari Wavertree, mempunyai hubungan yang sangat rapat kerana mereka sering menghabiskan masa bersama dengan bermain permainan atau menonton rancangan televisyen.
“Saya akan ucap selamat malam dan selamat pagi kepada Tom. Setiap kali saya pulang ke rumah Tom akan memeluk saya dan berkata saya tidak akan berhenti menjadi ibunya," ujar Ada.
Dalam masa sama, Tom meluahkan perasaan gembira apabila ibunya mengambil keputusan untuk tinggal bersama di pusat penjagaan tersebut.
Tom tidak pernah mendirikan rumah tangga dan hanya tinggal bersama Ada.
Sebelum bersara, Tom merupakan tukang cat dan penghias di sebuah syarikat tempatan. Manakala Ada adalah bekas jururawat di Hospital Mill Road.
Ada dan mendiang suaminya sebelum ini mempunyai empat orang anak iaitu Tom, Barbara, Margi dan Janet yang meninggal dunia pada umur 13 tahun.
Menurut pengurus pusat penjagaan tersebut, Philip Daniels berkata, hubungan ibu dan anak ini sangat menyentuh hati dan kami berbesar hati untuk memberi perkhidmatan kami buat mereka.
“Ibu dan anak jarang sekali dilihat bersama di bawah satu pusat penjagaan, namun kami ingin mereka meluangkan masa istimewa bersama kerana mereka sukar untuk tidak boleh dipisahkan,” tambahnya.
Agensi
Tue Oct 31 2017

Menurut laporan Daily Mail, Ada dan Tom mempunyai hubungan ibu dan anak yang rapat.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Usia cecah satu dekad, kasih ibu buat anaknya tidak pernah memudar'
Ini yang dibuktikan oleh seorang ibu, Ada, 98 tahun apabila beliau sanggup berpindah ke sebuah pusat penjagaan untuk menjaga anak lelakinya Tom Keating yang berusia 80 tahun.