WASHINGTON: Usaha Republikan untuk menghalang pemindahan dana kempen Presiden AS Joe Biden kepada calon baharu dari Demokrat, Kamala Harris, tidak mungkin berjaya, kata Stephen Presser, profesor emeritus sejarah undang-undang di Fakulti Undang-undang Pritzker Universiti Northwestern, kepada Sputnik.
Kempen calon presiden Republikan Donald Trump memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan pada Selasa, berhujah bahawa pemindahan dana yang dikumpulkan untuk kempen pemilihan semula Biden kepada Naib Presiden Harris akan melanggar undang-undang persekutuan.
"Semua sumbangan kepada Joe Biden mungkin boleh ditafsirkan sebagai sumbangan kepada tiket Biden/Harris dan Kamala adalah apa yang tinggal daripada itu. Mungkin ada beberapa tindakan undang-undang rasmi yang perlu dilakukan, tetapi saya tidak dapat bayangkan ia terlalu sukar," kata Presser.
Pakar undang-undang itu berkata bahawa sebarang usaha dari Republikan tidak mungkin berjaya kerana "mahkamah mungkin mendapati mereka tidak mempunyai kedudukan untuk mencabar apa yang sebenarnya adalah urusan dalaman parti Demokrat". Beliau menyatakan bahawa akses Harris kepada dana kempen Biden mungkin menjadi faktor utama yang menjadikannya calon pilihan dalam kalangan pemimpin Demokrat.
Pada Ahad lepas, Biden mengumumkan menarik diri daripada perlumbaan presiden AS 2024 dan menyokong Harris sebagai calon Parti Demokrat untuk presiden AS. Trump berkata lebih daripada sekali bahawa lebih mudah untuk mengalahkan Harris, manakala kempennya berkata Harris akan menjadi presiden yang lebih buruk daripada Biden.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Pada Ahad lepas, Biden mengumumkan menarik diri daripada perlumbaan presiden AS 2024 dan menyokong Harris sebagai calon Parti Demokrat untuk presiden AS. - Reuters
Pasaran getah ditutup lebih tinggi berikutan bekalan yang terhad
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan bekalan yang terhad berikutan ramalan cuaca buruk di Thailand.
Lapangan terbang di timur Perancis dibuka semula selepas ditutup 'atas sebab keselamatan'
Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak awal pagi Jumaat susulan 'tindakan khianat' yang menyasarkan rangkaian kereta api.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam persekitaran ketidaktentuan ekuiti global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini kerana peserta pasaran sebahagian besarnya memilih untuk berada di luar pasaran dan kekal berhati-hati terhadap turun naik yang tinggi dalam ekuiti global.
MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengambil tindakan terhadap 100 perusahaan sejak ditubuhkan pada April 2011.
AWANI Ringkas: PM mahu DBKL utamakan pembangunan semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Laut China Selatan, kekejaman Zionis di Gaza jadi perhatian
Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri membawakan perkembangan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 di Laos ketika pelbagai isu antarabangsa sedang berlaku ketika ini.
ASEAN gesa sokongan rakan dialog pastikan Israel hentikan kekejaman di Palestin
ASEAN terus menggesa rakan-rakan dialog blok itu untuk memastikan Israel menghentikan agenda kekejaman yang berterusan di Palestin.
Paras Empangan Muda, Pedu semakin susut
Astro AWANI melakukan tinjauan di Empangan Muda dan Empangan Pedu yang semakin drastik susulan cuaca panas di Kedah.
Menteri dedah ada stesen minyak diugut kerana enggal jual minyak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mendedahkan ada pengusaha syarikat minyak diugut kerana tidak membenarkan pihak yang disyaki menyeludup diesel mengisi minyak di premis mereka.
Usaha Republikan halang Harris dapatkan dana kempen Biden tidak mungkin berjaya - Pakar
Kempen calon presiden Republikan Donald Trump telah memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan pada Selasa.
Biden akan sampaikan ucapan kepada negara pada Rabu selepas tarik diri pilihan raya presiden
Presiden Joe Biden berkata pada Selasa bahawa beliau akan berucap kepada negara pada Rabu selepas menarik diri daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Biden sebelum ini berkata keadaan kesihatannya tidak memerlukan pemeriksaan tambahan, tetapi beliau bersedia jika doktor memintanya.
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
'Saya calon paling layak bertanding jawatan presiden' - Biden
Biden membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap desakan yang semakin meningkat, menggesa beliau menarik diri.
Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian angkat sumpah pada 30 Julai
Pengumuman itu dibuat oleh Mojtaba Yousefi, ahli lembaga pengerusi Parlimen Iran, pada Rabu.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
Presiden Nausedia menang pilihan raya presiden Lithuania
Penyandang Presiden Gitanas Nauseda telah memenangi pilihan raya presiden Lithuania, menewaskan pesaingnya Ingrida Simonyte dalam pusingan kedua pada Ahad.
Putin menang besar, peroleh 87 peratus undi
Kemenangan Putin dalam keputusan awal itu adalah yang paling bergaya pernah dicatatkan bagi pemimpin pasca-Soviet.
India akan adakan pilihan raya Parlimen dalam 7 fasa mulai 19 April
Hampir 969 juta pemilih layak untuk mengundi dalam pilihan raya untuk memilih 543 ahli Lok Sabha, iaitu Dewan Rakyat Parlimen India.