JAKARTA: Insiden yang menimpa sebuah keluarga di Indonesia ini pastinya menjadi mimpi ngeri buat ibu bapa yang bergelut dengan masalah kewangan.
Seorang ibu di Indonesia masih mampu menahan sabar selepas mendapati anaknya menggunting wang kertas bernilai 1,000 rupiah (30 sen) hingga 100,000 rupiah (RM30).
Pengguna TikTok, mahisaka_ berkongsi 'kisah duka' itu menerusi platform tersebut dengan tajuk 'usah ajar saya bagaimana mahu bersabar'.
Menerusi sebuah lagi klip, wanita itu menceritakan wang tersebut adalah untuk perbelanjaan barangan dapur bagi tempoh sebulan buat keluarganya.
Ibu itu juga menyatakan bagaimana dia boleh bersabar dan meminta penjelasan anak perempuannya.
"Saya hanya mahu menggunting sesuatu," ujar si kecil itu ketika disoal ibunya.
Wanita itu bagaimanapun menggunakan pendekatan lembut dan meminta anaknya tidak melakukan kesalahan yang sama lagi.
Paling menyayat hati, ibu penyabar itu turut berkongsi bagaimana dia menghabiskan masa selama beberapa jam demi untuk menampal semula kesemua cebisan wang tersebut dan menerima pelbagai reaksi pengguna TikTok.
Menurut Bank Indonesia, wang kertas yang sudah rosak boleh ditukar sekiranya masih terdapat tanda keaslian, namun tidak menyebut tentang wang yang digunting secara tidak sengaja. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Dec 14 2023

Ibu penyabar itu turut berkongsi bagaimana dia menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menampal semula kesemua cebisan wang tersebut. - Foto agensi

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

'Usah ajar saya bagaimana mahu bersabar...'
Wanita itu menceritakan wang tersebut adalah untuk perbelanjaan barangan dapur bagi tempoh sebulan buat keluarganya.