Sekumpulan penduduk di Brazil, mengupah nelayan tempatan untuk menangkap dan membunuh jerung yang mengancam penduduk dan pelancong di Recife.

Tindakan tersebut bagaimanapun mengundang kritikan daripada aktivis yang tidak bersetuju dengan pembunuhan mamalia itu.

Sejak 20 tahun lalu, sebanyak 55 kes serangan jerung direkodkan di pantai-pantai Recife dimana 21 kes daripadanya menyebabkan kematian.

Bimbang keadaan menjadi lebih buruk, nelayan tempatan dikenali sebagai Propesca diupah untuk membunuh mamalia itu.

Sejak itu, banyak jerung yang mati dibunuh kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun kaedah terbabit mendapat tentangan pihak (CEMIT) iaitu sebuah pertubuhan pemantau jerung.

Pakar dan aktivis ketika ini masih menyiasat punca jerung itu menjadikan pantai-pantai di Recife sebagai tumpuan.