KUALA LUMPUR: Setiap tahun, upacara menaikkan kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Mekah, Arab Saudi akan diadakan sebagai simbolik kepada bermulanya musim haji.
Upacara yang kebiasaannya diadakan pada atau selepas 15 Zulkaedah setiap tahun ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais pada Ahad lalu.
Menerusi klip video yang dikongsi jabatan berkenaan di platform Twitter pada Selasa, Sudais kelihatan turut serta dalam proses menaikkan Kiswah bersama beberapa petugas sebelum melakukan tinjauan tahap kesiapsiagaan di sekitar Masjidil Haram.
"Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Haji dan Keselamatan Awam, kami mahu mempastikan supaya khidmat kepada jemaah haji dan pengunjung dapat dilaksanakan dengan aman dan selamat," katanya dalam klip berkenaan.
Kiswah yang kebiasaanya menutupi keseluruhan binaan Kaabah, dinaikkan ke paras 3 meter dari lantai Mataf dan bahagian binaan yang terdedah dilitupi dengan kain putih yang melambangkan Ihram, bagi mengekalkan kebersihan Kiswah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Sudais dipetik SPA sebagai berkata, pengurusan Kiswah Kaabah adalah antara agenda yang menjadi keutamaan Kerajaan Arab Saudi sepanjang zaman sejak era kepimpinan pengasasnya, Raja Abdulaziz bin Abdul Rahman.
Terdahulu pada Ahad, Sudais mengumumkan pelancaran Pelan Operasi berskala besar bagi musim haji 1443 H, yang menumpu kepada 10 langkah utama di bawah matlamat strategik Wawasan 2030 Arab Saudi. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
Setiap tahun, upacara menaikkan kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Mekah, Arab Saudi akan diadakan sebagai simbolik kepada bermulanya musim haji. - Gambar BERNAMA
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Upacara naikkan Kiswah Kaabah disempurnakan sebagai simbolik bermulanya musim haji
Upacara menaikkan kain hitam bersulam benang emas kebiasaannya diadakan pada atau selepas 15 Zulkaedah setiap tahun.