PARIS: Seekor beluncas mungkin telah menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar kepada petani lavender Perancis tahun ini, menurut sebuah persatuan pertanian yang menggesa kerajaan untuk membantu.

"Terdapat berpuluh-puluh hektar yang tidak dituai kerana tidak berbaloi. Tiada apa-apa lagi," kata Alain Aubanel, ketua Persatuan Minyak Wangi, Aroma dan Tumbuhan Ubat PPAM, yang berpangkalan di Manosque, selatan Perancis.

Petani telah kehilangan 90 peratus hasil tuaian mereka dalam beberapa kes, katanya kepada agensi berita Jerman (dpa).

"Saya menganggarkan kerugian sekitar beberapa juta euro," katanya.

Ulat beluncas memakan batang lavender hingga menjejaskan tumbuhan.

Daripada ungu bersinar, ladang lavender, yang popular sebagai destinasi percutian dan poskad, kawasan itu kelihatan berwarnakelabu-coklat pada musim panas ini.

Jabatan Alpes-de-Haute-Provence, Vaucluse dan Drome kebanyakannya terjejas - terutamanya kawasan penanaman tradisional di pergunungan, kata Aubanel.

Hakikat bahawa kawasan penanaman pergunungan lebih terjejas disebabkan oleh fakta bahawa penuaian bermula kemudian di sana.

Aubanel menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 50 peratus tanaman di kawasan pergunungan di wilayah Drome rosak.

-- BERNAMA