Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby berkata, AS sentiasa berpegang kepada hak perhimpunan bebas dan bantahan aman.
"Kami menegaskan semula apa yang kami percaya dalam soal perhimpunan bebas dan bantahan aman.
"Kami telah melakukannya dan akan terus melakukannya sama ada bantahan di Iran atau China atau di mana-mana sahaja.
"Tiada apa yang berubah tentang kepercayaan teguh Presiden terhadap kuasa demokrasi dan institusi demokrasi.
"Kami jelas dan konsisten, dan saya fikir anda akan melihatnya berterusan," kata Kirby.
Demonstrasi yang meluas tidak pernah berlaku sebelum ini di China sejak tentera menumpaskan gerakan pro-demokrasi yang diketuai pelajar pada 1989 di Dataran Tiananmen di Beijing.
Kebanyakan penunjuk perasaan menumpukan kemarahan mereka kepada sekatan yang berlarutan selama berbulan-bulan dan dikritik sebagai tidak saintifik dan tidak berkesan.
Ada yang memprotes bahawa sistem berkenaan gagal memenuhi keperluan mereka.
Semua peserta demonstrasi melaungkan peletakan jawatan Xi Jinping sebagai Presiden dan pengakhiran pemerintahan parti komunis selama 73 tahun.
Langkah ketat China pada asalnya diterima untuk meminimumkan kematian ketika negara lain mengalami gelombang jangkitan yang dahsyat, tetapi konsensus itu mula bercelaru dalam beberapa minggu kebelakangan ini.