NEW DELHI: Ulama Islam India terkemuka, Maulana Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun di New Delhi pada petang Jumaat.
Beliau adalah bekas ketua Jamaat-e-Islami Hind, sebuah organisasi sosio-agama, dan Naib Presiden Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim Seluruh India (AIMPLB), sebuah perhimpunan intelektual dan organisasi.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham merupakan seorang pemidato terkenal dan pengarang dua puluh buah buku.
Tulisan Jalaluddin dianggap berpengaruh besar dalam pelbagai subjek.
AIMPLB mengenang beliau sebagai "seorang pemikir yang cemerlang dan cendekiawan Islam yang berwawasan."
Presiden Jamiat Ulama-i-Hind, Maulana Mahmood Asad Madani mengingati beliau sebagai seorang yang berkhidmat sebagai suara kaum India Muslim manakala ulama Zafarul Islam Khan menggelarnya sebagai "tonggak masyarakat".
Jalaluddin dilahirkan pada 1935 di sebuah kampung bernama Puttagram di daerah Arkot Utara negeri Tamil Nadu.
Beliau meninggal akibat radang paru-paru ketika dalam rawatan di hospital. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
![Ulama India Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun Ulama India Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661597177_JalaluddinUmri.jpg)
Ulama Islam India terkemuka, Maulana Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun di New Delhi pada petang Jumaat. - Gambar Facebook
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ulama India Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun Ulama India Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661597177_JalaluddinUmri.jpg)
Ulama India Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun
Allahyarham merupakan bekas ketua Jamaat-e-Islami Hind, sebuah organisasi sosio-agama dan seorang pemidato terkenal.