MELBOURNE merupakan destinasi terbaru pilihan aplikasi perkongsian kenderaan Uber untuk melancarkan khidmat penghantaran makanan UberEATS.

Pada peringkat awal ini, Uber Australia dalam satu kenyataan berkata ia akan bekerjasama dengan 80 buah restoran di Melbourne untuk menampilkan hidangan istimewa khusus untuk UberEATS.

Ini agar perkhidmatan boleh dilakukan secepat mungkin kepada pengguna.

Sama seperti perkhidmatan penghantaran makanan yang lain, UberEATS akan mengenakan caj penghantaran iaitu $5 (RM14.99) namun setakat ini tidak mengenakan pesanan minimum.

Sama seperti perkhidmatan Uber, pengguna boleh mengesan penghantaran mereka melalui aplikasi.

Beberapa netizen tempatan kongsi pengalaman mereka menggunakan perkhidmatan ini buat pertama kali.





Selain Australia, negara lain yang turut mempunyai perkhidmatan ini adalah Amerika Syarikat, Kanada dan Perancis.

Ia mula dilancarkan pada 2014 yang menjanjikan penghantaran secepat 10 minit.