Akaun Twitter pemangku presiden Venezuela dan pemimpin parti pemerintah sosialis Nicolas Maduro digodam semalam sewaktu negara itu menjalankan pilihan raya bagi memilih presiden baru menurut satu sumber rasmi.

Ketua kempen Maduro Jorge Rodriguez berkata akaun @NicolasMaduro, @PartidoPSUV dan @tmaniglia -- semuanya kepunyaan setiausaha akhbar pejabat presiden telah digodam.

Antara mesej yang tersiar termasuk "Pilihan Raya Palsu oleh @lulzsecperu dan "DIGODAM OLEH @LUZLSECPERU," sebelum pusat pengundian ditutup dalam satu pilihan raya yang diadakan bagi menggantikan presiden Hugo Chavez yang meninggal dunia akibat barah bulan lalu, menurut Rodriguez.

"Ini menampakkan lagi tanda-tanda penyokong pembangkang yang terdesak dan calon lawannya Henrique Capriles, tambah Rodriguez dalam satu siaran televisyen rasmi VTV yang tidak tunduk kepada desakan kumpulan penggodam LulzSec.

Rodriguez berkata pencerobohan dilakukan oleh penggodam sebagai "kempen kotor dari Bogota... yang dilihat bertujuan bagi mengundang kekacauan dalam proses pilihan raya.