ANKARA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menggesa pihak-pihak yang menandatangani perjanjian pada minggu lepas supaya menghapuskan sekatan eksport bijirin Laut Hitam Ukraine bagi menghormati perjanjian itu.
"Kami menjangkakan semua pihak untuk bertindak mengikut persetujuan yang telah dicapai," kata Erdogan dalam temu bual secara langsung dengan penyiar nasional TRT Haber, lapor Agensi Anadolu.
"Menerusi perjanjian ini, kesan krisis makanan global akan mula reda," tambahnya.
Pada Jumaat, Turkiye, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rusia dan Ukraine menandatangani perjanjian untuk menyambung semula eksport bijirin melalui pelabuhan Ukraine di Odesa, Chernomorsk dan Yuzhny selepas beberapa bulan terhenti akibat krisis Rusia-Ukraine.
Di bawah perjanjian itu, pusat penyelarasan bersama telah ditubuhkan di Istanbul untuk menjalankan pemeriksaan di pintu masuk dan keluar pelabuhan, serta memastikan keselamatan laluan untuk kapal-kapal.
Mengulas mengenai pelabuhan Odesa telah diserang pada hujung minggu lalu, Erdogan berkata peristiwa itu "menyedihkan" Turkiye, sambil menambah bahawa "kegagalan di sini akan memberi kesan kepada kita semua."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
![Turkiye harap Rusia, Ukraine laksanakan perjanjian eksport bijirin - Erdogan Turkiye harap Rusia, Ukraine laksanakan perjanjian eksport bijirin - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635043540_Erdogan.jpg)
"Kami menjangkakan semua pihak untuk bertindak mengikut persetujuan yang telah dicapai," kata Erdogan. - REUTERS
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sambung semula perjanjian bijirin hanya selepas syarat Rusia dipenuhi - Putin Sambung semula perjanjian bijirin hanya selepas syarat Rusia dipenuhi - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61688124869_VladimirPutin.jpg)
Sambung semula perjanjian bijirin hanya selepas syarat Rusia dipenuhi - Putin
Putin berkata, Moscow pada asalnya telah diberikan jaminan oleh Barat bahawa beberapa tuntutan akan dipenuhi.
![Turkiye harap Rusia, Ukraine laksanakan perjanjian eksport bijirin - Erdogan Turkiye harap Rusia, Ukraine laksanakan perjanjian eksport bijirin - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635043540_Erdogan.jpg)
Turkiye harap Rusia, Ukraine laksanakan perjanjian eksport bijirin - Erdogan
Presiden Turkiye menggesa pihak-pihak yang menandatangani perjanjian supaya menghapuskan sekatan eksport bijirin Laut Hitam Ukraine.
![Ukraine mula atur konvoi kapal untuk sambung semula eksport bijirin Ukraine mula atur konvoi kapal untuk sambung semula eksport bijirin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658723003_bijirin.jpg)
Ukraine mula atur konvoi kapal untuk sambung semula eksport bijirin
Persiapan sedang dilakukan agar tiga pelabuhan itu kembali beroperasi seperti dalam perjanjian yang ditandatangani pada Jumaat di Istanbul.
![Ukraine, Rusia capai kemajuan dalam isu eksport bijirin - Zelenskyy Ukraine, Rusia capai kemajuan dalam isu eksport bijirin - Zelenskyy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646119169_TBZELENSKY.jpg)
Ukraine, Rusia capai kemajuan dalam isu eksport bijirin - Zelenskyy
Ukraine dan Rusia mencapai beberapa kemajuan dalam sesi perbincangan mengenai eksport bijirin yang berlangsung di Istanbul.