NEW DELHI: Satu video seorang lelaki menunggang lembu atas jalan raya yang sesak di ibu negara India, New Delhi sambil memakai topi keledar bertemakan arnab telah tular di media sosial.
Difahamkan dia berbuat demikian kerana protes kenaikan harga minyak di negara tersebut.
Klip video itu dikongsi dalam platform Instagram oleh pengguna akaun bernama 'Bull Rider'.
Dalam video itu, dia diihat menunggang lembu melalui jalan raya yang paling sibuk di dunia.
"Memandangkan petrol mahal, saya akan menunjukkan tempatnya," tulisnya.
Video itu dikongsi dalam platform pada bulan lalu telah mengumpul lebih 193,000 tanda suka dan 3.8 juta tontonan.
Bagaimanapun, ramai pengguna media sosial memberikan komen kecaman serta sokongan mengenai tindakan 'gila-gila' lelaki itu yang menyindir pihak berkaitan.
"Lembu jantan itu bukan untuk ditunggang. Hentikan penderaan haiwan dan hormati mereka," tulis seorang pengguna di Instagram.
Sebenarnya bukan kali pertama Bull Rider menunggang lembu di bandar sekitar New Delhi, malah dia pernah melakukan perkara sama dengan seorang kanak-kanak kecil dibawa menunggang bersamanya.
Peliknya, setiap kali terserempak dengan polis, mereka akan membenarkannya berlalu pergi atau tidak cuba menahannya. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Fri Dec 15 2023
Lelaki yang dikenali sebagai 'Bull Rider' menunggang lembu di tengah jalan raya di New Dehli, India. - Foto agensi
Warga New York kongsi pendapat susulan pengenalan tol
Pelbagai reaksi disuarakan warga New York selepas kota metropolis perkenalkan tol bagi kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan bermula semalam.
Menteri Pengangkutan Korea Selatan nyata hasrat letak jawatan
Menteri Pengangkutan Korea Selatan menyatakan hasrat meletak jawatan dan berundur daripada kedudukannya sebagai mengambil tanggungjawab di atas berlakunya nahas pesawat Jeju Air baru-baru ini.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Paetongtarn berkata, walaupun beliau tidak berniat merombak kabinet, beliau merancang untuk bertemu setiap menteri secara individu bagi menilai prestasi mereka untuk tempoh tiga bulan lepas.
Penerbangan antarabangsa di Damsyik kembali beroperasi
Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa memulakan semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik bermula hari ini.
JDT dan PSG jalin kerjasama perluas pembangunan strategik
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran di media sosial JDT yang menyaksikan Pemilik Kelab,Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC.
Malaysia perlu belajar cara Thailand tarik pelancong
Sasaran seramai 35.6 juta pelawat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah jumlah realitistik yang mampu dicapai.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.
Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan biodiesel B40
Malaysia menyokong komitmen Indonesia untuk meneruskan mandat biodiesel B40 pada 2025.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
10 Berita Pilihan - (7 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kg dadah
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Disember lepas.
Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta
Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.
Tunggang lembu atas jalan raya paling sesak protes harga minyak
Difahamkan dia berbuat demikian kerana protes kenaikan harga minyak di negara tersebut.