Pegawai alam sekitar New Jersey mengatakan 336,000 gelen bahan api diesel tumpah selepas tangki simpanan terangkat dan pecah ekoran pukulan ribut Sandy.

Menurut pegawai bertugas, tumpahan berlaku pada malam hari Isnin di Fasiliti Tangki Minyak Motival di Woodbridge.

Jurucakap Pengawal Pantai, Les Tippets berkata minyak yang tumpah masuk ke dalam tangki simpanan kedua dan cecair yang terkeluar memasuki Arthur Kills, iaitu perairan air yang memisahkan New Jersey dari Staten Island New York.

Jurucakap Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey, Larry Ragonese pula berkata syarikat itu telah melaporkan tumpahan yang berlaku serta mengupah kontraktor untuk membersihkan tumpahan minyak itu.