Seorang pencuri yang mengambil sebotol sos tomato dari sebuah restoran di New Jersey, Amerika Syarikat menyerahkan dua botol sos yang baharu serta sepucuk surat sebagai tanda minta maaf.
Surat dan botol sos tersebut ditemukan berhampiran pintu masuk Restoran Perkin di bandar Lacey pada malam Rabu lalu oleh pengurus restoran yang mahu menutup premis berkenaan.
Dalam surat yang dikongsi di laman Facebook, pencuri mengakui mengambil botol sos tersebut ketika makan di restoran terbabit.
Si pencuri turut menyatakan dirinya ditimpa nasib malang termasuk terlibat dalam kemalangan hanya beberapa jam selepas mencuri sebotol sos tersebut.
Dengan mengembalikan dua botol sos tomato yang baharu, diharapkan nasib buruknya akan berlalu.
"Sekali lagi saya meminta maaf sekiranya saya sudah menyusahkan anda sepertimana hidup telah menyusahkan saya," kata si pencuri dalam surat itu.
Dalam pada itu, pengurus restoran berkata pihaknya memaafkan pencuri berkenaan dan memberitahu bahawa pekerjanya tidak menyedari kehilangan botol sos tersebut.- Agensi
Sinar Harian
Sun Aug 04 2019
Surat dan botol sos tersebut ditemukan berhampiran pintu masuk Restoran Perkin di bandar Lacey pada malam Rabu lalu oleh pengurus restoran yang mahu menutup premis berkenaan. -Foto Sinar Harian
KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah
KPM mengambil tindakan menyaring semula data PAJSK pelajar lepasan SPM 2023 yang tercicir markah.
Maal Hijrah: Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat
Sultan Ibrahim bertitah, semua kaum mempunyai budaya dan agama sendiri dan mesti hidup dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott
Antara babak dalam video muzik yang didakwa ketara 'diciplak' team Lisa adalah pada bahagian penari latar memakai serba putih.
Menang emas di WCOPA: Fadhlina ucap tahniah kepada Ummi Umairah
Kejayaan pelajar Tingkatan Satu SSeMKL itu diharapkan mencetus inspirasi kepada semua pelajar untuk terus mengejar impian.
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AWANI Ringkas: Susulan PRK DUN Sungai Bakap
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'
Anthony Taylor menerima penghinaan ketika di bilik persalinannya oleh barisan kejurulatihan pasukan Jerman.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Ratusan pelancong yang terkandas di Cancun berpusu-pusu ke lapangan terbang antarabangsa bandar itu pada Sabtu bagi menjadualkan semula penerbangan mereka dan pulang ke tanah air selepas Taufan Beryl melanda pantai Mexico.
Presiden baharu Iran berikrar mendengar rintihan rakyat
Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian dalam ucaptamanya sebagai Presiden - berikrar akan menjadi telinga yang mendengar kata-kata rakyat.
Pencuri sos tomato mohon maaf
Si pencuri turut menyatakan dirinya ditimpa nasib malang termasuk terlibat dalam kemalangan hanya beberapa jam selepas mencuri sebotol sos tersebut.