VIDEO seorang lelaki berkerusi roda yang ‘menumpang’ berpaut pada sebuah lori membuatkan pengguna di sebuah lebuh raya menjadi cemas sekali gus menjadi tular di laman sosial.
Lapor berita Fox News, insiden berlaku Pretoria, Afrika Selatan.
Video itu antara lain memaparkan seorang lelaki yang tidak dikenali menggunakan tangan kanannya untuk berpaut pada sebuah lori yang sedang bergerak laju.
Menurut laporan The South African, tindakan itu sememangnya adalah amat sukar, apatah lagi lori itu dianggarkan sedang memecut dengan kelajuan tidak kurang dari 60km sejam di lorong tengah.
Di hujung klip video itu, dipaparkan juga tindakan ‘berani mati’ lelaki itu melepaskan pegangannya dan berjaya mengawal kerusi rodanya sebelum membawa diri ke tepi jalan.
Tonton videonya di sini:
Sejak tersebar, video telah ditonton dan dikongsi ratusan kali.
Walaupun tidak didedahkan identiti sebenar lelaki itu, ramai yang berkata aksinya biasa dilihat sekitar bandar Pretoria.
Namun meskipun mendapat pujian ramai, agensi pengurusan trafik Afrika Selatan mengecam tindakan berbahaya itu.
‘Dalam sebuah negara yang kehilangan 14,000 orang dalam tempoh setahun berikutan kemalangan jalan raya, tindakan ini tidak dapat diterima sama sekali. Kami mengutuk tindakan ini,’ tulis agensi itu di laman Facebook rasminya.
Agensi
Sun Mar 10 2019
Video itu antara lain memaparkan seorang lelaki yang tidak dikenali menggunakan tangan kanannya untuk berpaut pada sebuah lori yang sedang bergerak laju. - Twitter/Mr T@Dzhavhelo1
Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Timbalan Dekan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Subramaniam Sri Ramalu berkata peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka. Jelasnya, lebih banyak program pendedahan dan pengenalan model perniagaan negara maju kepada usahawan tempatan perlu dilakukan. #AgendaAWANI
AI tawar peluang kepada graduan tembusi pasaran kerja antarabangsa - Pakar
Timbalan Dekan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Subramaniam Sri Ramalu berkata kecerdasan buatan (AI) akan membuka peluang pekerjaan baharu dengan peluang yang lebih luas. Oleh itu, graduan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi terkini dan menceburi pasaran pekerjaan di peringkat antarabangsa. #AgendaAWANI
Pengesahan identiti pengguna media sosial wajar dilaksanakan - Penganalisis
Penganalisis Perangsaraf Media dan Informasi, Dr. Ahmad Sauffiyan Hasan berkata langkah keselamatan melalui pengesahan identiti pengguna yang membuka akaun media sosial merupakan langkah yang wajar untuk dilaksanakan. Jelasnya, tindakan ini adalah sebahagian daripada cadangan untuk memperhebat mekanisme pemantauan penggunaan dan keselamatan platform dalam talian. #AgendaAWANI
SPRM tahan lapan suspek tawar kelulusan lesen kenderaan perdagangan
Lapan individu termasuk pengarah sebuah agensi di bawah sebuah kementerian selain tiga pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.
Pelaburan dalam infrastruktur keselamatan siber sofistikated, canggih diperlukan - Pakar
Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain berkata pelaburan dalam infrastruktur keselamatan siber yang sofistikated dan canggih diperlukan dalam menangani ancaman dalam talian semasa. Jelasnya, naik taraf ini juga diperlukan untuk melindungi data dan aset digital negara. #AgendaAWANI
Penyatuan 32 Etnik di Tawau mampu jadi inspirasi
Usaha menyatukan semua 32 Etnik yang ada Tawau boleh dijadikan inspirasi kepada daerah dan negeri lain bagi membantu meletakkan semula Malaysia sebagai negara hebat di rantau ini
Sarawak sokong syarikat penternakan udang patuhi ESG
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, syarikat penternakan yang mematuhi ESG mempunyai kelebihan untuk mengeksport udang dalam usaha menjadikan udang sebagai eksport makanan menjelang 2030.
Panel SCHB perlu rujuk nombor MYKad pesakit bagi elak kesilapan
Semua klinik dan hospital swasta yang menjadi panel bagi skim faedah kesihatan warga emas (SCHB) Sarawak untuk merujuk nombor kad pengenalan pesakit dalam urusan menebus skim berkenaan bagi mengelak kesilapan tuntutan pesakit.
Golongan rentan terima bantuan SKAS secara automatik ke akaun bank
Penerima SKAS dalam kalangan golongan rentan akan menerima bantuan secara kredit automatik ke akaun bank masing-masing.
Kerajaan Sabah komited bantu bina lebih banyak sekolah pendidikan khas
Usaha mewujudkan lebih banyak sekolah pendidikan khas adalah usaha dan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan keupayaan membantu murid berkeperluan pendidikan khas, sekali gus membolehkan golongan ini seiring dengan rakan sebaya.
Tular video cemas lelaki berkerusi roda tumpang berpaut pada lori
Video seorang lelaki berkerusi roda yang menumpang berpaut pada sebuah lori membuatkan pengguna di sebuah lebuh raya menjadi cemas sekali gus menjadi tular di laman sosial.
Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka
Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.