Tujuh tentera Myanmar dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun selepas didapati bersalah membunuh 10 lelaki etnik Rohingya beragama Islam pada dua September tahun lepas.
Peristiwa pembunuhan berdarah di perkampungan Inn Din itu adalah satu-satunya kekejaman yang diperakui dilakukan junta tentera ketika melakukan operasi di utara Rakhine.
Operasi tentera itu mengakibatkan lebih 700 ribu etnik Rohngya melarikan diri ke sempadan Bangladesh semenjak Ogos tahun lalu.
Dua wartawan Reuters warga Myanmar, Wa Lone dan Kyaw Soe yang membongkar peristiwa berkenaan kini berada dalam tahanan atas dakwaan menyiarkan dokumen sulit.
Sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 14 tahun.
Sebulan selepas penahanan kedua wartawan berkenaan, pihak tentera menyiarkan kenyataan mengakui kekejaman itu, dan turut berikrar akan mengambil tindakan ke atas individu bertanggungjawab.
Menurut kenyataan ketua tentera dalam statusnya di Facebook lewat malam tadi ,
empat pegawai telah disingkirkan dari tentera dan dihukum penjara 10 tahun dengan tugas berat.
Tiga lagi anggota tentera turut menerima hukuman sama.
Tribunal berkenaan diadakan secara tertutup ,yang mengenepikan desakan antarabangsa meminta diadakan secara bebas.
Agensi
Tue Apr 10 2018
Wartawan Reuters, Wa Lone dan Kyaw Soe didakwa atas tuduhan menyiarkan dokumen sulit kerajaan . FOTO Reuters
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Tujuh tentera Myanmar dipenjara 10 tahun bunuh warga Rohingya
Tujuh tentera Myanmar dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun selepas didapati bersalah membunuh 10 lelaki etnik Rohingya beragama Islam pada dua September tahun lepas.