Tujuh anggota polis maut dalam satu letupan bom di Diyarbakir ke tenggara Turki pada Khamis.

Manakala sekurang-kurangnya 27 orang awam cedera termasuk 13 anggota polis dalam letupan yang berlaku berhampiran terminal bas di bandar yang majoritinya didiami puak Kurdis itu.

Media tempatan melaporkan bom berkenaan meletup ketika kenderaan pasukan khas melalui kawasan itu.


Sementara itu pihak berkuasa Turki mengaitkan punca letupan dengan bom kereta.

Pihak polis dalam satu kenyataan mendakwa kumpulan pengganas bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.