BAHRAIN menjadi negara Arab terbaharu yang mengumumkan perjanjian damai bersama Israel, susulan langkah pertama yang diambil Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ogos lalu.
Ia sebahagian daripada inisiatif diplomatik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menyatukan Israel dengan negara-negara Arab di Asia Barat.
Trump mengumumkan perjanjian damai tersebut pada Jumaat, susulan mengadakan panggilan telefon bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan pemimpin Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa.
"Penduduk Israel, saya amat teruja untuk memaklumkan bahawa pada malam ini, kita bakal mencapai satu lagi perjanjian damai bersama sebuah negara Arab, iaitu Bahrain.
"Ia mengikuti perjanjian damai bersama UAE. Ia mengambil masa 26 tahun untuk mencapai perjanjian kedua bersama negara Arab.
"Namun bagi perjanjian damai ketiga, hanya selepas 29 hari, perjanjian damai dicapai dengan negara Arab ketiga dan keempat.
"Ini era baharu bagi keamanan. Keamanan untuk keamanan. Ekonomi untuk ekonomi," kata Netanyahu.
Bahrain dan Israel bakal menubuhkan kedutaan masing-masing, di samping memulakan penerbangan antarabangsa dan kerjasama dalam pelbagai sektor antara kedua-dua negara itu.
Ia sekali lagi menjadi kejayaan Trump untuk meraih sokongan daripada golongan penganut Kristian pro-Israel, kurang dua bulan daripada pilihan raya presiden pada 3 November ini.
Minggu lalu, Trump turut memberi bayangan bahawa Kosovo bakal mengambil langkah sama untuk mengiktiraf Israel, serta Serbia untuk memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Pada masa sama, Trump turut berpandangan, Palestin bakal menyertai perjanjian baharu bersama Israel apabila negara-negara Arab lain mengambil langkah sama seperti UAE dan Bahrain.
"Ini hari yang cukup bersejarah. Terdapat dua perjanjian damai bersama Israel dalam 72 tahun yang terakhir. Ini perjanjian damai kedua yang kami umumkan pada bulan ini. Saya berharap ia diikuti yang lain.
"Saya boleh katakan bahawa, terdapat keterujaan daripada negara-negara lain untuk turut serta. Kami rasa banyak negara akan ikut dan kita akan meletakkan rakyat Palestin dalam posisi yang baik.
"Mereka pasti akan menyertainya kerana semua rakan-rakan mereka telah turut serta.
Astro Awani
Fri Sep 11 2020
Trump mengadakan panggilan telefon bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu (kiri) dan pemimpin Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa (kanan).
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran ganja dengan merampas dadah bernilai RM499,974 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Semenyih pada Jumaat lepas.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.
Kemaman dilanda banjir, dua PPS diaktifkan
Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata bahan api fosil akan terus menjadi sumber tenaga dan tidak mungkin boleh digantikan dengan sumber tenaga boleh baharu sepenuhnya. Namun, jelasnya langkah peralihan tenaga dan agenda hijau perlu terus dilakukan tanpa henti. #AgendaAWANI
COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim. Jelasnya, memandangkan tiada sebarang ketetapan berkenaan nilai kutipan diumumkan, maka sebarang sumbangan dengan jumlah signifikan merupakan kejayaan yang perlu diraikan. #AgendaAWANI
Perdana Menteri akan hadir Dewan Rakyat pada 21 November - YDP Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku didalam Dewan Rakyat selepas YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan Perdana Menteri akan hadir ke Dewan Rakyat pada hari khamis.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agenda AWANI: COP29 | Belajar daripada Azerbaijan, makna perubahan
Penganjuran #COP29 di Baku, Azerbaijan membuka mata dunia mengenai kemampuan negara itu menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa tersebut. Adakah ia juga secara tidak langsung mengubah persepsi dunia terhadap Azerbaijan secara umumnya? #AgendaAWANI 830 mlm ini di @501Awani
Restoran beroperasi separuh abad dikompaun guna logo halal tidak sah
Sebuah restoran di Kota Bharu yang telah beroperasi sejak lebih separuh abad dikompaun kerana menggunakan logo halal tidak sah.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
AS tandatangan kontrak AS$33.1 bilion untuk pembangunan Pentagon
Amerika Syarikat menandatangani kontrak bernilai lebih AS$33.1 bilion untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi kepentingan Jabatan Pertahanan.
Prabowo bertemu Joe Biden, sedia kukuhkan kerjasama
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, di White House pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COP29: Podesta jamin usaha iklim AS diteruskan walaupun Trump kembali ke White House
Podesta mahu negara-negara di seluruh dunia untuk menyakini AS dalam ekonomi tenaga bersihnya.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."