Penulis buku kontroversi 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' Michael Wolff menyifatkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai seorang presiden yang bersikap luar kawalan dan jangkaan.
Wolff yang memberikan komennya menerusi saluran Sky News di New York berkata dia langsung tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Trump yang menghina negara Haiti dan beberapa negara Afrika lain.
"Semua ungkapan sebegini adalah satu kebiasaan baginya dan ia tidak boleh dikawal," kata Wolff.
Tambahnya lagi, kenyataan itu cukup untuk menggambarkan sisi sebenar Trump yang terkenal dengan sikap berat sebelah dan prejudis.
Wolff turut membalas komen White House yang menyelar karyanya sebagai satu fantasi.
Katanya hanya satu yang betul mengenai komen mereka terhadap bukunya itu iaitu kesilapan tipografi.
APTN
Mon Jan 15 2018
WOLFF sifatkan Trump seorang presiden yang bersikap di luar jangkaan dan kawalan. - Gambar REUTERS
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Trump seorang presiden di luar kawalan dan jangkaan - Michael Wolff
Penulis buku kontroversi 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' Michael Wolff menyifatkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai seorang presiden di luar kawalan dan jangkaan.