Siasatan awal terhadap insiden serangan bom di Sri Lanka pada Ahad mendedahkan ia ada kaitan dengan kejadian tembakan di Christchurch, Mac lalu.
Timbalan Menteri Pertahanan Sri Lanka, Ruwan Wijewardene ketika berucap di persidangan Parlimen khas pada Selasa mendakwa insiden yang meragut nyawa lebih 300 mangsa itu sebagai tindakan balas dendam terhadap serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu.
"Siasatan awal mendedahkan apa yang berlaku di Sri Lanka (pada Ahad) adalah sebagai membalas dendam terhadap serangan ke atas umat Islam di Christchurch," kata Wijewardene.
Dalam kejadian di Christchurch, New Zealand, 50 mangsa terkorban manakala 50 lagi cedera apabila seorang lelaki menembak jemaah di Masjid Al-Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch ketika mereka sedang bersedia untuk menunaikan solat Jumaat.
Sementara itu, dalam serangan pada Ahad lalu di Colombo, sejumlah 321 mangsa terkorban dan kira-kira 500 yang lain cedera dalam letupan bom di tiga gereja dan tiga hotel bertaraf lima bintang di ibu negara Sri Lanka itu.
Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab di atas serangan berkenaan.
Astro Awani
Tue Apr 23 2019
Pihak berkuasa sedang memantau keadaan di salah sebuah gereja di Colombo. -Foto Reuters
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
1.5 juta pengunjung hadiri Sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Selangor menganggarkan seramai 1.5 juta pengunjung memenuhi kawasan Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, pada Selasa.
Kedudukan 25 negara teratas sukar, kecuali reformasi drastik
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.
Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.
Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan
Kira-kira 107,627 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
71 maut akibat wabak penyakit misteri di Congo
Republik Demokratik Congo (DRC) berada pada tahap berjaga-jaga susulan kemunculan penyakit misteri yang telah meragut lebih 70 nyawa.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang
Angka korban dijangka meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Sepanyol
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam situasi banjir besar susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Okt di wilayah Valencia, Sepanyol, menurut Kementerian Luar.