Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka sedang mengemaskini dan mendapatkan perincian mangsa akibat serangan siri letupan di Colombo.
Pesuruhjaya Tingginya, Tan Yang Thai berkata pihaknya sedang memastikan sekiranya ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.
"Rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan dalam lingkungan 100 hingga 150 orang.
"Setakat ini kita tidak dapat apa-apa laporan. Bagaimanapun, kita tidak tahu berkenaan pelawat-pelawat yang tinggal di hotel tersebut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Tragedi Sri Lanka: Angka kematian meningkat kepada 100
Setakat ini, sekurang-kurangnya 138 terkorban sementara lebih 400 lagi cedera dalam siri serangan bom di tiga buah gereja dan tiga buah hotel di Colombo.
Justeru, mana-mana rakyat Malaysia di Sri Lanka yang memerlukan bantuan, sila hubungi nombor tertera:
+94763988777
+94766774445
+94117557711/2/3
Harits Asyraf Hasnan
Sun Apr 21 2019
Setakat ini, sekurang-kurangnya 138 terkorban sementara lebih 400 lagi cedera dalam siri serangan bom di tiga buah gereja dan tiga buah hotel di Colombo. - Foto REUTERS
Juara dunia catur tahun lalu tarik diri selepas didenda pakai jeans
Juara bertahan Magnus Carlsen telah mencetuskan skandal di Kejohanan Catur Pantas Dunia di New York akibat pilihan seluarnya.
AWANI Ringkas: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 28 Disember 2024
1️⃣ Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
2️⃣ 13kg heroin bernilai RM1.2 juta dirampas
3️⃣ Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
#awaniringkas
1️⃣ Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
2️⃣ 13kg heroin bernilai RM1.2 juta dirampas
3️⃣ Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
#awaniringkas
Dongeng Sang Kancil: Sambutan luar biasa, tiket laris terjual
Filem animasi Dongeng Sang Kancil mendapat sambutan luar biasa dengan tiket untuk tayangan di pawagam laris terjual.
Dua dekad tsunami: Ibu masih menanti kepulangan anak lelaki
Saudah masih ingat dengan jelas bunyi gegaran yang datang selepas gempa bumi bermagnitud 9.1 pada 2004, yang menyebabkan dua anaknya termasuk anak lelaki berusia enam tahun hilang sehingga hari ini.
Kemalangan libat lori di lebuh raya cenderung sebabkan kematian
Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kemalangan libatkan lori di lebuh raya lebih cenderung untuk mengakibatkan kematian berbanding jalan raya lain seperti Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Perbandaran.
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Luqman Hariz menghuraikan data mengenai 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Datuk Ngwe Hee Sem berkata Muhammad Uwais dan Nur Sofea jelas tidak dapat menahan perasaan sedih semasa menerima berita mengenai kematian kedua-dua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.
Tragedi Sri Lanka: 138 maut, Malaysia kemas kini perincian mangsa
Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka sedang mengemaskini dan mendapatkan perincian mangsa akibat serangan siri letupan di Colombo.