Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, meluahkan rasa sedihnya apabila mengetahui warga Malaysia Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun yang dilaporkan hilang susulan kejadian serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand disahkan maut.
Menurutnya, beliau menerima berita sedih itu selepas selesai membuat sidang media dari melawat semua mangsa di New Zealand.
Azrul menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terutamanya kepada kedua ibu bapa Muhammad Haziq - Mohd Tarmizi dan Marina di atas kehilangan anak kesayangan mereka.
"Perkara itu telah disahkan oleh Wisma Putra, memang saya rasa amat sedih sekali dan saya ingin menggucapkan takziah kepada keluarga Mohd Haziq terutamanya kepada ibu bapanya, Tarmizi dan Marina," katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Beliau turut mendedahkan dua lagi rakyat Malaysia yang cedera berikutan insiden berkenaan telah menunjukkan perkembangan yang positif.
"Abang Rosdi iaitu abang kepada Rahimi telah memaklumkan kepada saya dimana pagi tadi dia ( Rahimi ) sudah boleh buka mata dan menggerakkan tangan dan petang ini mereka akan membuka tiub bantuan pernafasan, begitu juga dengan saudara Nazril yang juga menunjukkan perkembangan yang positif,".
Jumaat lalu, Masjid Al Noor dan Masjid Linwood menjadi tumpuan dunia apabila seorang warga Australia dipercayai melepaskan tembakan dan mengorbankan 50 individu yang sedang bersiap-sedia untuk menunaikan solat Jumaat.
Selain itu, 20 lagi dilaporkan mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan.
Asyraf Roslan
Wed Mar 20 2019
![Tragedi solat Jumaat Christchurch: 'Saya terlalu sedih!' - ADUN Bayan Lepas Tragedi solat Jumaat Christchurch: 'Saya terlalu sedih!' - ADUN Bayan Lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51553127102_Christchurch.jpg)
Remaja Malaysia yang hilang, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun yang yang dilaporkan hilang susulan kejadian serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand disahkan maut. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711872799_MegatKhashusaini.jpg)
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
![Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667901148_BrentonTarrant.jpg)
Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman
Pengganas yang menyerang jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand pada 2019 telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup.
![Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/51533372762_HeliCrashGeneric.jpg)
Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter
Sebahagian daripada tetamu perkahwinan adalah individu yang terperangkap dalam serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019.
![Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/61556855741_950x600.jpg)
Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam
Umat Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019.
![Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615645204_ChristchurchsMasji.jpg)
Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyertai ratusan penduduk yang berkumpul di Christchurch Arena
![18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19 18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/51587777787_TBpositifcovid.jpg)
18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19
Menurut pihak berkuasa, seramai 235 nelayan dari Rusia dan Ukraine berada dalam peasawat yang disewa tiga syarikat perikanan.
![Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51598565304_mosqueshootingvict.jpg)
Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah
Mereka yang memegang sepanduk berbentuk hati dan kata-kata semangat seperti 'kami sentiasa bersama anda' bersorak sambil melambaikan tangan di perkarangan mahkamah sebaik keputusan diumumkan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598449558_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.
![Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598495434_BrentonTarrant.jpg)
Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Brenton Tarrant bakal menjalankan hukuman penjara seumur hidup, iaitu yang pertama kali dijatuhi di New Zealand.
![Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598276078_BrentonTarrant.jpg)
Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan
Tarrant, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan keganasan.