Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Qatar atas jemputan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar Sheikh Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al Thani.
Pesawat yang membawa Ahmad Zahid mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di sini pada 10.15 malam Sabtu (Waktu Malaysia 3.15 pagi Ahad) dan sebaik tiba, beliau disambut Pengarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Qatar, Mejar Jen Abdulaziz A Alansari dan Duta Besar Malaysia ke Qatar Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar.
Pada lawatan ini, Ahmad Zahid yang diiringi beberapa pegawai kanan kerajaan dijangka menghadap Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dan kemudian membuat kunjungan ke atas Sheikh Abdullah pada pagi Ahad.
Semasa berada di sini, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri akan melawat Pusat Kawalan Negara dan projek komuniti yang dirancang di bandaraya Lusail, lapangan terbang antarabangsa Hamad dan bertemu diaspora Malaysia di Qatar.
Ini adalah lawatan sulung Ahmad Zahid ke Qatar selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015.
Lawatan terakhir pemimpin tertinggi Malaysia ke Qatar dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Disember 2011.
Malaysia mula menjalin hubungan diplomatik dengan Qatar pada tahun 1974 dan hubungan dua hala itu diperkukuhkan dengan pembukaan pejabat kedutaan di sini pada Ogos 2004 dan disusuli pembukaan kedutaan Qatar di Kuala Lumpur pada September tahun yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2017
TPM Ahmad Zahid disambut Pengarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Qatar, Mejar Jen Abdulaziz A Alansari setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad sempena Lawatan Kerja hari ini. - Foto Bernama
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
TPM Ahmad Zahid tiba di Qatar untuk lawatan rasmi empat hari
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Qatar atas jemputan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar Sheikh Abdullah.