PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap tindakan Denmark menghapuskan populasi mink atau cerpelai adalah bagi mengelak risiko penularan COVID-19 tercetus daripada haiwan itu.
Perkara itu dimaklumkan peneraju teknikal COVID-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria Van Kerkhove.
"Memang sering wujud kebimbangan apabila terdapat penyebaran dan penularan dari manusia ke haiwan dan kemudian, dari haiwan ke manusia.
"Kita telah menyaksikan keadaan ini selama beberapa bulan sekarang.
"Dan apa yang kami fahami adalah, cerpelai tersebut telah dijangkiti oleh kontak dari manusia dan ia merebak dalam kalangan cerpelai, dan ia kemudiannya boleh kembali balik ke manusia," katanya dari ibu pejabat WHO di Geneva, Switzerland, pada Jumaat.
Menurut pakar kecemasan WHO, Mark Ryan, sektor yang menyelenggara haiwan ternakan seperti khinzir, ayam dan itik sudah melaksanakan langkah keselamatan bio yang ketat bagi mengekang jangkitan virus daripada berpindah dari satu spesis ke spesis yang lain.
Sebelum ini, Statens Serum Institut (SSI) Demark mengumumkan terdapat sebanyak 214 kes positif COVID-19 yang dilaporkan sejak Jun yang didapati melibatkan virus mutasi daripada mink.
Badan yang mengendalikan penyakit berjangkit itu membuat pengumuman itu di laman web rasmi yang dikemas kini pada Khamis.
BACA: 15 juta mink bakal dimusnahkan selepas mutasi COVID-19 dikesan
Baru-baru ini, Perdana Menteri Mette Frederiksen memaklumkan virus yang bermutasi di dalam mink dapat menimbulkan risiko dalam keberkesanan vaksin yang akan datang.
Bagaimanapun, mutasi COVID-19 itu hanya didapati telah menjangkiti 12 orang dan melibatkan lima ladang penternakan mink setakat ini.
Bagi mengawal penularan mutasi itu, kerajaan Denmark telah melaksanakan perintah berkurung di wilayah Jutland Utara, kawasan yang melibatkan 280,000 rakyat berkuatkuasa malam Khamis.
Pertemuan satu jenis mutasi virus SARS-CoV-2 melibatkan mink telah menyebabkan kerajaan Denmark memusnahkan 15 juta mink di seluruh negara.
Denmark merupakan pengeluar terbesar kulit mink di dunia.
Saraya Mia
Fri Nov 06 2020
Pertemuan satu jenis mutasi virus SARS-CoV-2 melibatkan mink telah menyebabkan kerajaan Denmark memusnahkan 15 juta mink di seluruh negara. - Gambar fail
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.