ST HELIER: Tiga terbunuh manakala berpuluh-puluh yang lain masih hilang selepas satu letupan berlaku di sebuah blok di Pulau Jersey yang terletak di antara England dan Perancis.

Menurut pihak berkuasa, letupan berlaku pada pukul 4 pagi dan pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran.

Perkhidmatan kecemasan setakat ini masih mencari mangsa yang hilang akibat kejadian tersebut.

Insiden Letupan | Tiga terbunuh, puluhan masih hilang di Pulau Jersey

Sebuah bangunan tiga tingkat terletak berhampiran pelabuhan di ibu kota pulau itu, St Helier runtuh sepenuhnya.

Beliau berkata 20 hingga 30 orang telah dipindahkan dan dua telah menerima rawatan hospital.

Punca letupan itu masih dalam siasatan.