Presiden Goodluck Jonathan mengeluarkan perintah darurat selepas beberapa siri serangan maut berpanjangan di Adamawa, Borno dan Yobe.

Kata Jonathan tentera diberi kuasa untuk mengambil dan mengenakan sebarang tindakan yang perlu bagi menamatkan keganasan di ketiga-tiga negeri berkenaan.

Lebih ramai tentera turut dikerahkan bagi memerangi militan yang menguasai beberapa lokasi.

Kumpulan boko haram dipertanggungjawab dengan keganasan yang meletus yang telah membunuh lebih 2000 orang sejak tahun 2010.

Nigeria sebuah negara yang dihuni pelbagai etnik turut terjejas kerana konflik lain seperti pertikaian tanah agama dan berebut minyak.

Dalam keganasan terbaru pada Selasa, 53 terbunuh dan 13 kampung dibakar di negeri Benue, tengah Nigeria.

Konflik kemarahan yang bermula minggu lepas disebabkan perebutan tanah antara petani dan pengembala di kawasan utara Nigeria yang dikawal ketat tentera.