Pemangku Perdana Menteri sementara Thailand Niwattumrong Boonsongpaisan menolak gesaan agar anggota kabinet sekarang meletak jawatan.
Menurutnya kabinet sekarang mempunyai mandat untuk menjalankan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang negara.
Niwattumrong berkata peletakan jawatan itu akan melanggar Perkara 181 Perlembagaan Thailand serta keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 7 Mei yang memutuskan bahawa baki anggota kabinet mesti dikekalkan.
Ia bagi membolehkan mereka menjalankan tugas masing-masing.
Selain itu, pelantikan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa penuh mesti mematuhi perkara 171 dan 172 perlembagaan Thailand, dan juga tertakluk di bawah dekri diraja pembubaran parlimen 2556 yang berkuat kuasa sekarang.
Tambahnya dalam situasi ini, tidak mungkin untuk melantik Perdana Menteri yang berkecuali yang mempunyai kuasa penuh kerana sudah ada kabinet sementara dan perdana menteri sementara yang sah.
Tambahan pula, termaktub di bawah perlembagaan bahawa Perdana Menteri mesti daripada anggota dewan perwakilan dan mendapat persetujuan ramai dewan perwakilan.
Astro Awani
Tue May 20 2014
Pemangku Perdana Menteri sementara Thailand Niwattumrong Boonsongpaisan. -Gambar AFP
Sarawak E-Sport Expo 2024 tarik minat peserta Asia Tenggara
Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin e-sukan berpotensi memberi sumbangan positif kepada perkembangan sukan selain industri kreatif di wilayah itu.
RECODA, KKM santuni warga emas Kapit
Dalam usaha memperkasakan warga emas, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan Program Sarawak Rehab Hub: MYHOeME For Healthy Aging di Kapit.
Jabatan pengairan dan saliran Sarawak dipecah dua
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini adalah komitmen sarawak untuk menjadi negeri jelapang padi sekali gus mengurangkan tahap kebergantungan kepada beras import.
Sarawak perkukuh hubungan dengan Peru, Mexico
Sarawak memperkukuh hubungan dua hala dengan Peru dan Mexico menerusi kunjungan hormat duta besar dua negara itu ke atas Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya pada Jumaat.
UNIMAS dijangka tandatangani MoU bersama univeriti di Peru
Duta Besar Republik Peru ke Malaysia, Ricardo Estanislao Morote Canales berkata kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada tiga aspek biodiversiti, tenaga boleh diperbaharui dan penyakit tropika.
Sabah laksana dasar 30 peratus kuota bumiputera dalam sektor perumahan swasta
Kerajaan Sabah akan melaksanakan dasar baharu 30 peratus kuota bumiputera dalam sektor perumahan swasta bagi memastikan dasar 30 peratus kuota Bumiputera ini mendatangkan manfaat optimum kepada pembeli berstatus bumiputera.
Fragmen haiwan eksotik bernilai RM15 juta dirampas
Tanduk rusa, tanduk kijang dan kepala burung kenyalang antara fragmen hidupan liar eksotik yang dirampas Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu operasi khas di Miri.
Banjir kilat undang kesesakan lebuh raya di Brunei
Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di sepanjang bahagian Lebuhraya Tutong di Brunei pada petang Khamis, menyebabkan kesesakan lalu lintas bagi penumpang yang menuju ke Bandar Seri Begawan,
Zheng Siwei ucap selamat tinggal kepada dunia badminton
Pemain beregu campuran nombor satu dunia, Zheng Siwei, secara rasminya mengumumkan persaraan pada umur 27 tahun.
Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid
Tahap keselamatan di Kelantan tidak terkesan dan tetap diutamakan meskipun sembilan balai polis di Pasir Mas dan Tumpat terjejas akibat banjir.
Tidak mungkin letak jawatan, kata PM sementara Thailand
Pemangku Perdana Menteri sementara Thailand Niwattumrong Boonsongpaisan menolak gesaan agar anggota kabinet sekarang meletak jawatan.