Persatuan Pelabur Perkebunan Malaysia di Indonesia (APIMI) hari ini mengesahkan tiada satu pun syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia terbabit dengan aktiviti pembakaran ladang dan hutan di negara ini.
Ketua Perwakilan APIMI Nor Hazlan Abdul Mutalib berkata sebaliknya, kesemua syarikat perladangan Malaysia memastikan ia mematuhi amalan kerja pembersihan ladang tanpa pembakaran.
Beliau berkata amalan membakar hutan dan ladang bagi sebarang tujuan adalah satu kesalahan di negara ini, dan kesemua anggota APIMI sentiasa mematuhi undang-undang dalam operasi ladang.
"Kebanyakan syarikat perladangan Malaysia adalah anggota Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) iaitu organisasi yang mengeluarkan sijil pengiktirafan mengekport kelapa sawit ke Eropah, dan satu daripada syarat mendapat pengiktirafan RSPO ialah tiada amalan pembakaran terbuka di ladang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
RSPO amat tegas dalam isu-isu alam sekitar dan akan menarik sijil pengiktirafan terhadap mana-mana anggotanya yang didapati melakukan kesalahan pembakaran ladang.
Nor Hazlan menjelaskan jika ada kes pembakaran terbuka dalam kawasan ladang milik Malaysia, ia sebenarnya dilakukan oleh rakyat tempatan yang tinggal di dalam kawasan berkenaan.
Menurutnya ramai yang tidak tahu bahawa antara syarat pelaburan ladang kelapa sawit di Indonesia ialah syarikat pelaburan itu wajib memberi sebanyak 20 peratus kawasan ladang kepada penduduk tempatan.
Beliau berkata penduduk itu tidak dapat dipindahkan oleh kerajaan dan mereka pula menjalankan kegiatan perkebunan sendiri termasuk melakukan pembakaran terbuka.
"Jika dilihat dari data satelit, sememangnya kelihatan kebakaran dalam kawasan perladangan milik pelabur Malaysia tetapi ia bukannya ladang kelapa sawit tetapi kawasan kebun yang diusahakan rakyat tempatan," katanya.
Beliau berkata perkara itu terpaksa dijelaskan kepada pihak berkuasa Indonesia setiap tahun kerana aktiviti kebakaran sering berlaku terutamanya pada musim kemarau.
Selain itu, ada kekeliruan mengenai tafsiran syarikat milik pelabur Malaysia iaitu apabila syarikat tempatan mempunyai seorang pengurus rakyat Malaysia, ada pihak yang mendakwa ia adalah syarikat milik Malaysia.
"Pengurus itu hanya bekerja di syarikat milik tempatan dan jika syarikat itu terlibat dalam pembakaran terbuka, mereka mendakwa ia perbuatan syarikat milik Malaysia," kata beliau.
Nor Hazlan juga berkata dakwaan kononnya baru-baru ini sebuah syarikat milik pelabur Malaysia didapati melakukan kebakaran sebenarnya tidak benar kerana syarikat itu telah lama dijual kepada ahli perniagaan tempatan.
Sebagai komitmen kepada anti-pembakaran terbuka, beliau turut mewakili APIMI dalam Pasukan Bertindak yang ditubuhkan oleh kerajaan Indonesia bagi mengatasi isu pembakaran ladang.
"Kita turut menganjurkan latihan kebakaran dan kita mendapat kerjasama pasukan bomba tempatan untuk memberi pendidikan mengenai kesan buruk kebakaran terbuka kepada penduduk kampung," katanya.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata kerajaan Indonesia harus bertindak tegas menguatkuasakan undang-undang terhadap mana-mana syarikat perladangan yang terbabit dengan pembakaran terbuka.
"Apa yang penting sekarang ialah tindakan tegas dan pantas tanpa mengira syarikat itu milik siapa. Kes jerebu ini harus diselesaikan dengan lebih menyeluruh dan bukan setakat mengambil kira syarikat Malaysia atau Singapura, kerana kes ini serius dan di tahap parah sebab ia berlaku setiap tahun," katanya.
Menurutnya pihak kedutaan memantau dan memberi maklumat kepada kerajaan Malaysia selain berusaha mencari jalan untuk mengatasi masalah jerebu.
Isu pembakaran hutan di Indonesia bagaikan satu fenomena tahunan dan mengakibatkan asap jerebu yang serius sehingga menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian rakyat Malaysia dan Singapura.
Pihak di Indonesia sering menyalahkan syarikat-syarikat perladangan milik Malaysia dan Singapura dengan dakwaan kononnya ia melakukan aktiviti pembakaran hutan bagi tujuan tanaman semula.
Baru-baru ini, Presiden Indonesia Joko Widodo mengarahkan untuk menarik surat izin daripada pengusaha ladang yang melakukan pembakaran hutan kerana ia menyebabkan kerajaan menanggung kerugian yang besar.
Beliau berkata kerajaan telah mengenal pasti tujuh syarikat yang terlibat dalam perbuatan itu tetapi tidak menamakan syarikat atau pemilik syarikat terbabit.
Bernama
Fri Sep 25 2015
Pihak di Indonesia sering menyalahkan syarikat-syarikat perladangan milik Malaysia dan Singapura dengan dakwaan kononnya ia melakukan aktiviti pembakaran hutan bagi tujuan tanaman semula. - Gambar Fail
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Itali pindahkan 180 rakyatnya dari Lubnan guna penerbangan sewa khas
Negara-negara Eropah yang lain, seperti Sepanyol dan Jerman turut mengambil langkah sama dengan memindahkan rakyat mereka dari Lubnan.
Gelombang haba: Kebakaran hutan landa Eropah Selatan
Kebakaran hutan yang marak telah meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan mencederakan empat yang lain di Itali.
Meta tangguh pelancaran perisian kecerdasan buatan di Eropah
Gergasi media sosial Meta menangguhkan pelancaran perisian kecerdasan buatan (AI) terbarunya di Eropah berikutan kebimbangan daripada agensi perlindungan data.
AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.
Mbappe mampu bantu Real dominasi Eropah
Thierry Henry melihat Real Madrid boleh mendominasi bola sepak Eropah dan Sepanyol untuk tempoh enam atau tujuh tahun akan datang jika mereka menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas ini.
Proses pengantarabangsaan universiti perlu disokong dengan aktiviti mahasiswa
Bagi Malaysia, pembangunan sistem pendidikan tinggi telah diberikan fokus oleh kerajaan termasuk pelan mengantarabangsakan sektor pendidikan tinggi.
Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah
Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.
AS rancang projek infrastruktur untuk hubungkan India, Eropah dan Asia Barat
Pelan itu memerlukan "pelaburan berkualiti tinggi dalam membina infrastruktur mampan" yang akan mengisi jurang global.
92 juta kanak-kanak di Eropah, Asia Tengah terjejas akibat gelombang haba - UNICEF
Negara di rantau itu kini merasakan bahang akibat krisis iklim, dengan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak paling terjejas teruk.
Lebih ramai pekerja di Eropah diberhentikan ekoran unjuran ekonomi lemah
Trend pengurangan tenaga kerja yang semakin meningkat sejak awal tahun ini memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 140,000 individu.