Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam serangan pengganas di Wilayah Sindh, Pakistan pada Khamis, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 nyawa dan mencederakan 250 orang.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi akan terus memantau situasi berkenaan.
"Kerajaan Malaysia amat sedih dengan tindakan keganasan yang tidak berasas ini dan telah meragut banyak nyawa tidak berdosa di samping mencederakan ramai yang lain.
"Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab ke atas jenayah ini akan dibawa ke muka pengadilan secepatnya. Kerajaan Malaysia juga merakamkan takziah dan simpati kepada kerajaan Pakistan dan keluarga mangsa yang terlibat," kata Wisma Putra.
Laporan media menyebut, sekurang-kurangnya 60 maut manakala 250 orang cedera dalam kejadian letupan ke atas makam Lal Shahbaz Qalandar di bandar Sehwan, wilayah Sindh.
Menurut laporan stesen televisyen CNN, Islamic State Khorasan, sebuah sekutu kumpulan militan Daesh di Afghanistan dan Pakistan mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam serangan pengganas di Wilayah Sindh, Pakistan pada Khamis. - Gambar fail
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California
Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pakistan, Malaysia komited kukuhkan perkongsian manfaat bersama – PM Anwar
Malaysia dan Pakistan menyatakan komitmen untuk mengukuhkan perkongsian bermanfaat bersama termasuk meningkatkan hubungan perdagangan dua hala.
11 terkorban tembok jambatan runtuh di Islamabad
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, manakala beberapa lagi cedera selepas tembok jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh akibat hujan lebat di Islamabad, Pakistan pada Rabu.
Gempa bumi kuat landa Pakistan
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan ibu negara Pakistan, Islamabad pada petang Ahad, menurut Jabatan Meteorologi Pakistan.
Imran Khan beri tempoh 6 hari untuk Pakistan umum tarikh pilihan raya
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu.
Kerajaan Pakistan larang Imran adakan protes di Islamabad
Kerajaan Pakistan tidak membenarkan bekas perdana menteri Imran Khan untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Islamabad pada Rabu.
Sekurang-kurangnya 16 maut terkandas dalam salji di Pakistan
Sekurang-kurangnya 16 pelancong maut dalam cuaca sejuk bersalji selepas kenderaan mereka terkandas di utara Pakistan.
Pakistan berdepan gelombang kelima COVID-19
Pakistan berdepan gelombang kelima COVID-19 di tengah-tengah peningkatan kes di seluruh negara, kata seorang pegawai kanan negara itu pada Ahad.
Permulaan mudah Aifa Azman di Kejohanan Individu Asia
Juara baharu skuasy Terbuka Malaysia, Aifa Azman memulai kempennya dalam Kejohanan Individu Asia 2021 di Islamabad, Pakistan dengan aksi cemerlang hari ini.
30 maut, lebih 50 cedera dua kereta api bertembung di selatan Pakistan
Nahas kereta api di wilayah Sindh, selatan Pakistan pada Isnin meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa manakala lebih 50 yang lain cedera.
COVID-19: Islamabad laksana perintah berkurung berskala kecil
Perintah itu akan berlanjutan sehingga terdapat penurunan dalam kes jangkitan.