SYDNEY: McDonald's Australia dilaporkan menamatkan penjualan minuman ringan Diet Coke di seluruh francais restoran mereka.
Lapor media tempatan Australia, penjualan minuman ringan itu akan dihentikan selepas stok bekalan habis dijual.
Menurut pihak pengurusan McDonald's, pelanggan di negara berkenaan dilihat lebih gemar memilih minuman lain selain Diet Coke.
"Di McDonald's, kami komited untuk menyediakan makanan dan minuman lazat dan bernilai tinggi yang dikenali dan disukai pelanggan.
“Kami kerap menyemak dan mengembangkan menu kami untuk memenuhi cita rasa dan pilihan pengguna yang berubah.
“Sebagai maklum balas kepada pelanggan dan populariti yang semakin meningkat untuk minuman rendah hingga tanpa gula lain, McDonald's tidak akan lagi menawarkan Diet Coca-Cola di seluruh restoran McDonald's Australia bermula 11 Januari 2023,” kata wakil jurucakap.
Dalam pada itu, McDonald terus menawarkan pelbagai pilihan minuman untuk pengguna, termasuk Coca-Cola No Sugar, Sprite Zero Sugar dan Frozen Coke No Sugar.
"McDonald's Australia kini beralih ke Sprite tanpa gula di seluruh restoran kami di seluruh negara.
"Kami tidak sabar mendengar maklum balas pelanggan tentang pilihan minuman baharu," kata jurucakap.
Agensi
Sat Jan 07 2023
McDonald's Australia kini beralih ke Sprite tanpa gula di seluruh restoran di seluruh negara - Gambar/ Wikipedia/ Facebook - Diet Coke
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Tiada lagi Diet Coke di McDonald's Australia
McDonald's Australia dilaporkan mengeluarkan menu minuman ringan Diet Coke di seluruh francais restoran mereka.