TANPA kebebasan media, tidak akan wujudnya hak asasi manusia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GLAAD, Sarah Kate Ellis berkata kedua-dua komponen tersebut saling memerlukan dalam memastikan masyarakat di seluruh dunia dilayan secara berperikemanusiaan.
“Anda tidak boleh menggerakkan sesebuah dasar sebelum menyentuh hati manusia dan anda dapat berbuat demikian menerusi media.
“Saya berpendapat apa yang paling penting sekali ialah hubungan langsung antara kebebasan media dan hak asasi manuasia.
“Kebebasan media begitu penting bagi memastikan warga dunia dilayan dengan berperikemanusiaan dan supaya media mempunyai akses untuk menyampaikan cerita bagi terus bersama-sama membina dunia yang lebih baik,” kata Ellis.
Beliau berkata demikian pada sesi forum bertajuk ‘Protecting Press Freedom’ sempenan Davos Agenda Week 2021 anjuran Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung secara maya pada Selasa.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, ketua pegawai eksekutif syarikat media sosial memainkan peranan dalam mengekang maklumat salah.
“Ketua Pegawai Eksekutif memainkan peranan yang penting dan seperti yang anda saksikan di Amerika Syarikat beberapa minggu yang lepas, dua ketua pegawai eksekutif menghentikan kesalahan maklumat.
“Mereka berjaya ‘memadamkan api yang sudah marak buat lima tahun’.
“Apa yang kami lihat ialah dalam tempoh 48 jam, kadar kesalahan maklumat itu turun sebanyak 76 peratus,” katanya.
Sebelum ini, Twitter dan Facebook menyekat akaun bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump kerana retorik melampau hingga menyebabkan penyokongnya menyerbu bangunan Capitol.
Keganasan yang berlaku di bangunan tersebut menyebabkan lima orang terkorban, termasuk seorang pegawai polis Capitol.
Astro Awani
Wed Jan 27 2021
Ellis berkata demikian pada sesi forum bertajuk Protecting Press Freedom sempenan Davos Agenda Week 2021 anjuran Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung secara maya pada Selasa.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Wujud trend sekat kebebasan bersuara dalam kalangan negara di Asia Tenggara - Penganalisis
Ini pemerhatian yang dibuat Penyelaras Projek Asia Tenggara Persekutuan Antarabangsa Wartawan Asia Pasifik Ratna Ariyanti berhubung keadaan kebebasan media di beberapa negara di kawasan ini.