Dua lagi remaja mangsa yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Chiang Rai berjaya dikeluarkan sekitar jam 7.43 malam waktu tempatan.

Enam lagi remaja termasuk jurulatih Ekapol Chanthawong masih berada di perut gua.

Terdahulu, mangsa kelima berjaya dikeluarkan pada jam 4:30 petang dan telah dibawa ke hospital Chiang Rai untuk rawatan.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha dilaporkan menangguhkan lawatan yang dirancang ke gua tersebut bagi tidak menganggu operasi menyelamat.

Belaiu kemudian ke hospital Chiang Rai bagi melawat mangsa-mangsa yang telah diselamatkan.