Thailand telah menubuhkan jawatankuasa pelbagai agensi untuk memperhebatkan siasatan yang dijalankan sekarang ke atas sebuah syarikat Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti haram secara besar-besaran termasuk pengubahan wang haram di negara itu.
Syarikat tersebut yang mempunyai kepentingan perniagaan di Thailand mula dipantau di Malaysia baru-baru ini kerana didakwa mendalangi skim piramid yang kompleks melibatkan beribu-ribu pelabur dan jutaan ringgit.
"Siasatan masih dijalankan. Kami telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi kerajaan bertanggungjawab bagi penguatkuasaan undang-undang termasuk Biro Anti Narkotik (NSB)," kata seorang pegawai tertinggi kepada Bernama baru-baru ini.
Agensi lain yang terlibat dalam siasatan termasuk Pejabat Anti Penggubahan Wang Haram (AMLO), Jabatan Siasatan Khas (DSI), Jabatan Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam, Pejabat Kawalan Narkotik (ONCB) dan Jabatan Pembangunan Perniagaan.
Wakil dari bank pusat negara itu, Bank of Thailand (BoT) juga terlibat dalam siasatan ke atas syarikat dari Malaysia itu.
Menurut satu sumber, jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat baru-baru ini dan dalam mesyuarat tersebut, jawatankuasa membincangkan cara-cara untuk mengambil tindakan baharu dan lebih agresif dalam usaha untuk mendakwa syarikat dari Malaysia itu kerana dikatakan menjalankan aktiviti secara haram di Thailand melibatkan pelbagai sektor perniagaan.
"Kami akan merumuskan strategi dan kaedah baharu dalam siasatan," kata beliau dan menambah bahawa setiap agensi akan ditugaskan dengan tanggungjawab tertentu tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Pihak berkuasa juga telah menyiasat sama ada syarikat tersebut mempunyai apa-apa kaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah di negara itu tetapi tidak menjumpai apa-apa bukti.
Menurut sumber, pihak berkuasa Thailand sebenarnya telah mula menyiasat syarikat Malaysia itu kira-kira setahun yang lalu bermula dengan siasatan ke atas lima anak syarikatnya tetapi memperluaskan skop siasatan apabila penglibatan sebenar syarikat tersebut dalam aktiviti haram mula terdedah.
Syarikat Malaysia itu yang beroperasi di Thailand selama beberapa tahun, dikatakan terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan termasuk hotel dan resort, hiburan, restoran, pengurup wang dan pangsapuri di Thailand.
Kebanyakan perniagaan yang diceburinya terletak di bandar-bandar yang sibuk seperti Hatyai, Danok dan wilayah lain di selatan Thailand.
Siasatan yang diperhebatkan oleh Thailand ke atas syarikat Malaysia itu ialah kesinambungan siasatan lebih setahun bermula dengan serbuan ke atas hotel berkaitan syarikat itu di selatan Thailand pada Januari tahun lepas apabila pihak berkuasa menemui wang tunai pelbagai pelbagai mata wang asing bernilai 83 juta Baht (kira-kira RM10.3 juta).
Serbuan ke hotel itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi seorang lelaki warga Malaysia berusia 54 tahun pada Disember 2015. Lelaki itu ditembak mati di siang hari oleh penyerang menggunakan raifel M-16 ketika memandu kereta Mercedez Benz miliknya bersama seorang wanita yang menaiki keretanya semasa dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Hatyai.
Wanita tersebut, yang cedera parah terselamat dalam insiden itu.
Susulan serbuan pada Januari tahun lepas, yang membawa kepada penemuan sejumlah besar mata w ang asing, polis Thailand meminta kerjasama DSI dan agensi lain termasuk AMLO untuk membantu siasatan bagi menjejaki aktiviti wang haram itu.
Sementara itu, sumber tersebut berkata jawatankuasa pelbagai agensi yang menjalankan siasatan ke atas syarikat tersebut juga berminat untuk memantau apa-ap perkembangan berhubung siasatan baru-baru ini yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia ke ata syarikat terbabit.
"Kami memerhatikan dengan penuh minat siasatan yang dijalankan oleh agensi berkaitan di Malaysia," kata sumber itu yang tidak mahu dikenali kerana sensitiviti maklumat.
Pihak berkuasa di Malaysia telah membuat serbuan ke atas premis dan pejabat syarikat itu serta membekukan akaunnya mengandungi simpanan bernilai jutaan Ringgit, dalam siasatan yang dijalankan sekarang ke atas syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2017
![Thailand siasat syarikat Malaysia didakwa dalangi kegiatan haram Thailand siasat syarikat Malaysia didakwa dalangi kegiatan haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61498840130_Thaibaht.jpg)
Syarikat tersebut yang mempunyai kepentingan perniagaan di Thailand mula dipantau di Malaysia baru-baru ini kerana didakwa mendalangi skim piramid yang kompleks melibatkan beribu-ribu pelabur dan jutaan Ringgit. -Gambar hiasan
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Thailand siasat syarikat Malaysia didakwa dalangi kegiatan haram Thailand siasat syarikat Malaysia didakwa dalangi kegiatan haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61498840130_Thaibaht.jpg)
Thailand siasat syarikat Malaysia didakwa dalangi kegiatan haram
Wakil dari bank pusat negara itu, Bank of Thailand (BoT) juga terlibat dalam siasatan ke atas syarikat dari Malaysia itu.
![Thailand kesan 10 akaun berkaitan serangan bom Thailand kesan 10 akaun berkaitan serangan bom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71441191661_BANGKOKBOMB.jpg)
Thailand kesan 10 akaun berkaitan serangan bom
Ketua Setiausaha AMLO berkata lapan daripada akaun itu milik Wanna Suansan, seorang wanita warga Thailand dan satu lagi milik suaminya Emrah Davutoglu, seorang warga Turki.