BANGKOK: Disebabkan varian Omicron yang sangat mudah menjangkiti, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) merancang untuk memberikan dos vaksin keempat untuk kumpulan yang berisiko dan terdedah dengan COVID-19.
"Kumpulan orang dewasa berumur 60 tahun dan ke atas, penghidap penyakit kronik, kakitangan perubatan serta petugas barisan hadapan boleh menerima dos keempat untuk mengekalkan imuniti mereka," kata Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang.
Beliau berkata BMA akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai suntikan keempat apabila pelaksanaannya diluluskan.
Minggu lalu, Israel mengumumkan pemberian dos keempat vaksin COVID-19 dengan kesan serta-merta untuk kumpulan yang berumur 60 tahun ke atas, pekerja perubatan dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah dalam usahanya untuk melindungi daripada varian Omicron.
Pakar virologi di Universiti Chulalongkorn, Yong Poovorawan membangkitkan kebimbangan bahawa kes Omicron boleh merebak lebih meluas di Thailand selepas cuti Tahun Baharu.
"Oleh itu, orang ramai harus mematuhi langkah-langkah untuk membendung penularan virus itu," katanya dipetik The Nation pada Isnin.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam mendedahkan rancangan untuk menangani potensi wabak COVID-19 yang disebabkan oleh varian Omicron tahun depan.
Setakat ini, Thailand merekodkan lebih 200 kes Omicron di 10 wilayah termasuk Kalasin, Pattani dan Bangkok.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, Thailand merekodkan 2,437 kes baharu COVID-19 dan 18 kematian, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 2,212,407 kes dan 21,598 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021

Aswin (kiri) berkata BMA akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai suntikan keempat apabila pelaksanaannya diluluskan. - Gambar hiasan

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Tiada dos penggalak remaja 17 tahun atau dos penggalak kedua dan keempat - KKM
KKM menegaskan menjadi dasar kementerian itu buat masa ini menyarankan dos penggalak hanya kepada individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas sahaja.

KKM nafi keluarkan infografik berkenaan pengambilan dos ke-4 vaksin COVID-19
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya pernah menerbitkan infografik berkaitan pengambilan dos vaksin COVID-19 keempat seperti yang ditularkan.

Vaksin COVID-19: Chile setuju beli vaksin Moderna
Ia bagi melancarkan proses pemberian dos keempat kepada rakyatnya.

Kemboja mula lancar vaksin dos penggalak keempat
Kemboja pada Jumaat melancarkan pemberian vaksin dos penggalak keempat terhadap kumpulan sasaran di ibu negara Phnom Penh berikutan varian Omicron telah menular dalam komuniti.

COVID-19: Chile negara pertama tawar suntikan dos keempat
Chile disifatkan boleh menjadi model contoh kerana bertindak balas cepat terhadap pandemik.

Lockdown? - "Don't mention the 'L' word", tegas Khairy
"Don't mention the 'L' word," tegas Khairy Jamaluddin ketika ditanya sama ada kerajaan akan pertimbangkan untuk melaksanakan 'lockdown' memandangkan varian Omicron semakin menular dalam negara.

COVID-19: Israel mulakan dos keempat buat warga emas
Israel minggu lalu meluluskan dos penggalak untuk populasi terhad warganya yang mempunyai penyakit kronik.

Israel akan laksanakan suntikan vaksin dos keempat COVID-19
Kerajaan Israel pada Khamis berkata pihaknya akan mula menawarkan suntikan vaksin COVID-19 dos keempat kepada golongan paling rentan.

Thailand rancang beri dos vaksin keempat kepada kumpulan terdedah risiko COVID-19
Ia boleh diterima populasi dewasa 60 tahun ke atas, penghidap penyakit kronik, kakitangan perubatan dan petugas barisan hadapan.