BANGKOK: Pita Limjaroenrat meletak jawatan sebagai ketua Parti Move Forward Party (MFP) bagi memberi laluan kepada ketua baharu untuk membawa suara pembangkang di Parlimen.
MFP yang diketuai lelaki berusia 43 tahun itu telah memenangi 151 kerusi pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lalu.
Bagaimanapun, beliau telah digantung tugas sebagai Ahli Parlimen (MP) oleh Mahkamah Perlembagaan pada Julai.
Pita menerusi akaun media sosial berkata, di bawah perlembagaan semasa, ketua pembangkang mestilah seorang Ahli Parlimen.
"Saya masih digantung tugas dan saya tidak boleh melaksanakan tugas sebagai Ahli Parlimen serta ketua pembangkang di Parlimen dalam masa terdekat.
"Oleh itu, saya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai ketua parti MFP dan parti akan memilih dari kalangan Ahli Parlimen untuk menjadi ketua pembangkang yang baharu," tulisnya.
Pita memberi jaminan bahawa beliau akan kekal bersama MFP dan berbakti untuk rakyat.
"Tidak kira status saya, saya tidak akan ke mana-mana. Saya akan bekerja dengan kudrat dan kebolehan terbaik saya untuk memacu agenda perubahan yang kita mahu bersama," katanya.
Pita adalah satu-satunya calon perdana menteri MFP tetapi gagal dalam usahanya untuk menjadi perdana menteri Thailand kerana gagal memperoleh sokongan yang mencukupi di parlimen pada Julai.
Selepas itu, Mahkamah Perlembagaan mengarahkan kelayakan Pita sebagai MP digantung sementara.
Keputusan mahkamah itu dibuat selepas Pita didakwa tidak layak bertanding jawatan kerana memegang saham dalam sebuah syarikat media ketika mendaftar pencalonannya untuk pilihan raya umum 14 Mei lalu.
Di bawah perlembagaan Thailand, Ahli Parlimen dilarang memiliki saham media.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
MFP yang diketuai lelaki berusia 43 tahun itu telah memenangi 151 kerusi pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lalu. - Gambar fail/Reuters
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Thailand: Pita letak jawatan sebagai Ketua Parti Move Forward
Pita Limjaroenrat meletak jawatan sebagai ketua Parti Move Forward Party (MFP) bagi memberi laluan kepada ketua baharu untuk membawa suara pembangkang di Parlimen.
SPR Thailand syor calon PM Pita digantung sebagai Ahli Parlimen, atau hilang kelayakan
Di Thailand, individu yang memiliki saham dalam syarikat media dilarang bertanding dalam pilihan raya.