Pihak berkuasa Thailand kini membuat pemantauan lebih ketat terhadap aktiviti penyeludupan di sepanjang 645km kawasan sempadan Thailand-Malaysia, sejajar dengan keazamannya untuk memastikan masalah itu tidak berkembang menjadi suatu ancaman keselamatan lebih besar terhadap negara ini.
Walaupun kegiatan penyeludupan di sepanjang sempadan bersama itu bukan perkara baharu, tetapi ia mendapat perhatian khusus berikutan pendedahan polis Malaysia bahawa terdapat kegiatan menyeludup senjata api melibatkan seorang rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Daish.
Dalam kenyataan bulan lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek, Muhammad Muzaffa Arief Junaidi dari Rantau Panjang, Kelantan, berjaya melarikan diri ke selatan Thailand bersama sepucuk pistol dan raifal M-4.
Menurut beliau, suspek berumur 27 tahun itu adalah anggota Daish, kumpulan sama yang bertanggungjawab menyeludup senjata api ke Malaysia dari Thailand.
Walaupun pihak berkuasa Bangkok kemudiannya mengesahkan bahawa suspek telah meninggalkan Thailand pada 21 April melalui pusat pemeriksaan imigresen Sungai Golok untuk kembali ke Malaysia, namun Thailand tidak mahu mengambil sebarang risiko terhadap ancaman Daish dan mula mengambil inisiatif bagi meningkatkan keselamatan di kawasan sempadannya.
Menurut satu sumber dalaman di selatan Thailand, Muhammad Muzaffa sering membuat perjalanan dan sekurang-kurangnya melakukan sembilan kunjungan ke wilayah bersempadan dengan Malaysia, tetapi enggan memberi maklumat terperinci tentang tujuan kunjungan suspek.
Bimbang tentang kemungkinan Daish mula bertapak di selatan Thailand, panglima tentera Thailand Jen Chalermchai Sittisart berlepas ke Narathiwat minggu lepas untuk menyelia pengerahan segera anggota tentera daripada Divisyen 15 Infantri berpangkalan di Takbai untuk mengawal keselamatan sempadan negara ini dengan Malaysia.
Malaysia berdepan dengan masalah berkaitan Daish apabila lebih 230 rakyatnya ditangkap setakat Februari tahun ini kerana mempunyai kaitan atau menyokong ideologi menyeleweng anjuran kumpulan pengganas itu.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, polis juga mengenal pasti 95 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas di Syria dan kira-kira 30 daripada mereka maut dalam pertempuran, manakala lapan ditangkap sebaik sahaja mereka kembali ke tanah air.
Thailand, yang mempunyai banyak penduduk Islam di wilayah selatannya yang bersempadan dengan negeri di utara Malaysia, tidak mahu masalah itu merebak ke kawasan sempadannya dan sebagai langkah pencegahan, ia bertindak segera menempatkan lebih banyak anggota tentera di kawasan berkenaan.
Pertempuran antara tentera Filipina dan kumpulan penyokong Daish iaitu Maute dan Abu Sayyaf, di Marawi, Mindano, yang kini berlarutan hampir sebulan, membimbangkan negara di rantau ini serta memaksa mereka bersikap lebih berwaspada terhadap sebarang cubaan Daish dan sekutunya untuk menubuhkan sebuah pemerintahan khalifah di Asia Tenggara.
Prospek kumpulan dikenali sebagi Katibah Nusantara Lid Daulah Islamiyyah itu melebarkan sayapnya ke negara di rantau ini perlu ditangani secara serius.
Chalermchai mengarahkan pasukan khasnya membuat rondaan sepanjang masa di sebelah Narathiwat dan Yala, yang bersempadan dengan Kedah dan Kelantan, serta memberi tumpuan mengawal Sungai Golok sepanjang 95km, yang memisahkan dua wilayah itu dengan Rantau Panjang di Kelantan.
"Tujuan rondaan dibuat adalah untuk menghalang penyeludupan bahan untuk peperangan, termasuk peluru dan bahan letupan," katanya menurut laporan.
Beliau berkata peningkatan rondaan itu juga bertujuan memantau kemungkinan anggota kumpulan militan di selatan Thailand menyeberangi sempadan secara haram.
Sejak sekian lama, sungai sempit dan cetek itu bukan sahaja menjadi kawasan tumpuan penyeludup, tetapi juga menjadi tempat pilihan popular bagi penjenayah untuk menyeberangi sempadan dan melarikan diri.
Sejak beberapa tahun lepas, agensi keselamatan di selatan Thailand mendakwa bahan untuk menghasilkan bom diseludup ke zon konflik melalui banyak "lubang tikus" atau laluan sulit penyeludup di kawasan sempadan, terutama di sepanjang Sungai Golok.
Ia mendakwa jeti bot haram di sepanjang Sungai Golok, terutama di kawasan tersembunyi dan sukar dipantau, digunakan anggota militan untuk menyeludup senjata dan bahan letupan dari dan ke selatan Thailand.
Sejak sekian lama, Thailand menegaskan bahawa konflik di selatan Thailand, yang sehingga kini telah meragut lebih 6,000 nyawa, didalangi puak nasionalis, bukan puak agama atau kumpulan yang memperjuangkan suku kaum.
Susulan kunjungan Chalermchai ke Narathiwat, pihak berkuasa tempatan di Sungai Golok, sebuah daerah di wilayah Narathiwat, mengambil langkah berani menutup operasi enam jeti haram di sepanjang Sungai Golok dan langkah ini menimbulkan kemarahan penduduk kampung kerana ia menjejaskan pendapatan mereka yang bergantung pada pengoperasian jeti berkenaan.
Berikutan langkah terbaru pihak berkuasa Thailand itu, hanya sebuah jeti, Pengkalan Prapa, dibenarkan terus beroperasi.
Terjejas oleh langkah pihak berkuasa menutup jeti berkenaan, minggu lepas, penduduk tempatan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan sebuah jeti bagi menuntut langkah itu ditarik balik, tetapi jeti terbabit tetap tidak dibenarkan beroperasi hingga hari ini.
Ketika Malaysia dan Thailand meneruskan perbincangan mengenai cadangan pembinaan tembok di sempadan bersama, usaha lain perlu ditingkatkan untuk memastikan kawasan sempadan lebih bebas daripada anasir jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2017
Thailand, tidak mahu masalah pengganas dan penyeludupan merebak ke kawasan sempadannya, bertindak segera menempatkan lebih banyak anggota tentera di kawasan berkenaan sebagai langkah pencegahan. - Gambar hiasan
Pengasuh bayi didakwa menganiaya hingga sebabkan kematian
Chia Muy Hoong, 61 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas tuduhan menganiaya bayi 9 bulan sehingga maut di Mersing bulan lalu.
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman dua anggota lain-lain pangkat pasukan keselamatan yang juga bertugas sebagai jurulatih.
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan trafik ketara di lebuh raya utama sempena Tahun Baharu Cina 2025, dengan 2.6 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Malaysia tidak boleh miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Bercakap pada sesi taklimat media bertajuk “Unlocking ASEAN's Digital Future: Driving Inclusive Growth and Global Competitiveness" di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
[TERKINI] Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta
Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
Dua pencipta kandungan wakili Malaysia dalam program 'ASEAN LIVE Creators for Change'
Program itu membuka peluang kepadanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai bidang pendidikan lebih-lebih lagi melalui kerjasama serantau.
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Jan, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Feb.
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 40-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM.
Liga Pro Saudi: Dua penyudah Cristiano Ronaldo cetus kemenangan Al-Nassr
Al-Nassr bergelut untuk memecahkan kebuntuan perlawanan sebelum sepakan voli Ronaldo terhasil pada minit ke-65.
PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
PGA Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan dengan penahanan sebuah lori yang membawa 11 kerbau di Kampung Repek.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.