BANGKOK: Thailand mahu hidangan terkenal Tom Yam Kung disenaraikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara negara itu.
Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha hari ini bersetuju untuk hidangan nasional Thailand - Tom Yam Kung - sebagai calon untuk senarai Warisan Budaya UNESCO 2021 tahun ini.
Tom Yam Kung adalah sup pedas, dihasilkan dengan mencampurkan pelbagai bahan segar termasuk serai, daun limau purut, jus limau nipis, cili, sos ikan, dan udang.
Perkataan ‘Tom Yam’ merujuk kepada proses memasak, ‘Tom’ bermaksud merebus dan ‘Yam’ bermaksud bercampur, sementara ‘Kung’ merujuk kepada udang.
Menteri Kebudayaan Itthiphol Kunplome berkata Tom Yam Kung mencerminkan gaya hidup sederhana masyarakat pertanian yang tinggal di sepanjang sungai dan terusan Thailand yang subur.
"Mencadangkan Tom Yam Kung sebagai warisan global akan menjadi detik yang membanggakan buat rakyat Thailand dan juga meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang asing mengenai kepelbagaian makanan Thailand.
"Penyenaraiannya dalam UNESCO akan mewujudkan peluang perniagaan kepada makanan Thailand, pekerjaan dan pendapatan bagi pengusaha makanan termasuk penternak udang dan petani tumbuhan herba serta pengeksport, pengusaha restoran dalam dan luar negara," katanya seperti dipetik The Nation.
Tarian Khon dan urutan tradisional Thailand masing-masing telah disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada 2018 dan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 24 2021
![Thailand mahu Tom Yam Kung tersenarai dalam UNESCO 2021 Thailand mahu Tom Yam Kung tersenarai dalam UNESCO 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616556245_TomYamKung.jpg)
Perkataan Tom Yam merujuk kepada proses memasak, Tom bermaksud merebus dan Yam bermaksud bercampur, sementara Kung merujuk kepada udang. - Foto Facebook
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727100819_ATMTenteraDaratM.jpg)
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.
![Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738880696_TBShweKokkocity.jpg)
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
![ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738798565_TBTerengganuFC.jpg)
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
![Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738621900_TBRizalTIsin.jpg)
Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.
![Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738382844_industriseksdiTh.jpg)
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
![Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738205869_tbSiberiantiger.jpg)
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Tanah seluas 18,730 km persegi yang membentang di sepanjang sempadan Thailand dengan Myanmar kini mempunyai 143 ekor harimau.
![Gerakan belia Thailand mohon laksana dasar sifar rokok elektronik Gerakan belia Thailand mohon laksana dasar sifar rokok elektronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738151815_Vape.jpg)
Gerakan belia Thailand mohon laksana dasar sifar rokok elektronik
Kanak-kanak seawal usia sembilan tahun didpati menggunakan rokok elektronik setiap hari termasuk mempunyai akses mudah.
![PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737275512_PGA.jpg)
PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 100 bungkus pakaian terpakai seberat 20 tan dianggar bernilai RM1 juta yang cuba diseludup ke Thailand.
![ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737196196_TBBRUNEI.jpg)
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
![Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737178970_TBAMM.jpg)
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.