Borang TM.6 merupakan dokumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pelawat asing bagi tujuan pemeriksaan serta pemantauan keselamatan negara, diperkenalkan pada 15 April dan sepatutnya berakhir hari ini.
"Seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Luar, mesyuarat Kabinet meluluskan lanjutan tempoh pengecualian untuk menyerahkan Borang TM.6 bagi warga asing yang memasuki atau keluar dari Thailand di semua 16 pusat pemeriksaan imigresen sementara, termasuk laluan darat dan laut, dari 16 Okt 2024 hingga 30 April 2025," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Selasa.
Paetongtarn juga mengarahkan Kementerian Dalam Negeri untuk mengeluarkan pengumuman segera bagi menyelaras prosedur perjalanan dan mempromosikan pelancongan, sekali gus merangsang ekonomi negara.
-- BERNAMA