CARDIFF: Seorang pesara di United Kingdom didapati bersalah membunuh isterinya di kediaman mereka di Cwmbran, selatan Wales.
Dalam kejadian pada 28 Mac tahun lepas, Anthony Williams, 70, secara tiba-tiba naik berang lalu mencekik isterinya Ruth, 67, hingga mati.
Williams dipercayai mengalami tekanan dan kemurungan sejak perintah berkurung dikuatkuasakan di United Kingdom awal tahun lalu.
Tertuduh yang mengaku membunuh isterinya tanpa niat berkata dia kehilangan keupayaan berfikir apabila keadaan mental terjejas sejak lockdown dilaksanakan.
Difahamkan Williams sering berasa tidak tenang atas perkara-perkara remeh menyebabkan dia tidak dapat tidur beberapa hari sebelum kejadian.
Pada hari kejadian, tertuduh yang memberitahu isterinya tentang kerisauan dialaminya itu walau bagaimanapun tidak mendapat reaksi yang dimahukan.
Akibatnya, Williams tidak semena-mena naik berang lalu mencekik Ruth sebelum mangsa berjaya melarikan diri.
Mangsa yang cuba keluar melalui pintu hadapan bagaimanapun dicekik sekali lagi hingga mati.
Ruth disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dengan kecederaan pada leher, muka dan mulut.
Hakim Mahkamah Swansea, Paul Thomas pada Khamis menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas Williams dengan mengambil kira keadaan mental tertuduh ketika itu.
Sementara itu, anak pasangan berkenaan, Emma Williams, 40, berkata ibu bapanya saling menyayangi dan menghabiskan 90 peratus bersama.
Tambah Emma, bapanya seorang yang baik dan dia tidak pernah mendengar ibu bapanya meninggi suara atau bertengkar.
Namun, kata Emma, bapanya mula menunjukkan sikap yang pelik sejak Januari 2020, termasuk mendakwa akan kehilangan rumah didiami mereka serta obses dengan langkah-langkah menjimatkan wang.
Di Malaysia, orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan. Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019.
Astro Awani
Fri Feb 19 2021
Seorang pesara di United Kingdom didapati bersalah membunuh isterinya di kediaman mereka di Cwmbran, selatan Wales. -Gambar hiasan
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
India nasihat rakyatnya tangguh perjalanan ke Bangladesh
Pada Ahad, kerajaan Bangladesh umum perintah berkurung di seluruh negara dan menutup perkhidmatan Internet untuk menghentikan keganasan.
Perintah berkurung, pemadaman internet, rondaan tentera diteruskan di Bangladesh
Dalam arahan baharu, kerajaan Bangladesh telah melanjutkan perintah berkurung sehingga Khamis.
PM Srettha suarakan kebimbangan, nasihatkan rakyat Thailand di Dhaka supaya berwaspada
Srettha Thavisin menyatakan kebimbangannya mengenai situasi demonstrasi yang semakin memuncak di Bangladesh dan menasihatkan rakyat Thailand di ibu kota Dhaka supaya sentiasa berwaspada.
Tentera Bangladesh kenakan perintah berkurung selepas protes ragut 100 nyawa
Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan di ibu kota Dhaka dan daerah-daerah lain.
Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia
Pihak berkuasa di sebuah bandar pedalaman Australia telah menguatkuasakan perintah berkurung susulan beberapa siri insiden keganasan.
Polis Perancis tahan 176 orang dalam protes kes polis bunuh remaja
Pihak berkuasa turut mengumumkan penggantungan perkhidmatan bas dan trem dalam dan sekitar Paris selepas 9 malam hari Khamis.
Enam maut ditembak di Mississippi
Pejabat Gabenor Tate Reeves berkata, seorang lelaki telah ditahan susulan kejadian tersebut.
Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung Ebola
Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 22 September
Perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 7 September
Perintah dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.