SEORANG bayi lelaki di Nashik, India dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan apabila tercekik pengetip kuku dalam kerongkongnya.

Tertelan ketika sedang bermain

Difahamkan, kejadian berkenaan hanya disedari oleh ibu bapanya selepas mendapati bayi berusia lapan bulan itu tertelan objek terbabit sepanjang dua inci ketika sedang bermain.

Bimbang keadaan anaknya menjadi semakin teruk, kedua-dua ibu bapa bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Hampir halang laluan pernafasan

Hasil imbasan sinar-X itu menunjukkan pengetip kuku tersebut tersekat pada bawah kerongkongnya dan hampir menghalang laluan pernafasan.
 
Dalam pada itu, Pakar Perubatan, Dr Vasantrao Pawar mengatakan pihaknya berjaya mengeluarkan objek tersebut melalui pembedahan yang mengambil masa selama sejam.

Ujarnya lagi, bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih selepas prosedur pembedahan.