OTTAWA: Pertemuan seorang pramugari dengan bekas guru selepas 30 tahun terpisah mengundang suasana hiba di dalam sebuah pesawat di Kanada.
Perkongsian menerusi Instagram Goodnews Movement semalam, memaparkan pramugari bernama Laura membuat pengumuman menyambut penumpang yang disifatkan begitu istimewa buatnya pada 5 Oktober lalu.
“Hari ini merupakan Hari Guru di Kanada (5 Oktober). Kita harus mengaku pasti ada guru kesayangan yang sentiasa berada dalam ingatan sepanjang hidup kita.
“Saya menjadi emosional sekarang kerana hari ini dapat berjumpa guru yang pernah mendidik saya pada tahun 1990, Ms O'Connell yang kini berada di dalam pesawat," ucap Laura memetik laporan Indian Express.
Kongsi Laura, Ms O'Connell merupakan guru kesayangan yang banyak berjasa sejak dari bangku sekolah rendah.
“"Dia guru kesayangan saya yang mana kali terakhir saya berjumpa pada tahun 1990. Wanita ini membuatkan saya jatuh cinta dengan karya Shakespeare, membuat saya bermain piano dan mahir dalam alat muzik ini. Malah saya juga boleh menulis esei kerana dia. Terima kasih, Ms. O'Connell. Saya sayang kamu," ujarnya.
Selesai membuat pengumuman istimewa itu, Laura berjalan menuju ke arah gurunya dan momen itu mendapat tepukan penumpang lain.
Sehingga kini, perkongsian berkenaan menerima tontonan lebih 1.5 juta kali, lebih 130,000 tanda suka serta dibanjiri komen positif.
Agensi
Tue Oct 25 2022

Selesai membuat pengumuman istimewa itu, Laura berjalan menuju ke arah gurunya dan momen itu mendapat tepukan penumpang lain. Gambar hiasan/unsplash
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Teruja lihat 'UFO' dan 'makhluk asing' depan mata
Sepasang suami isteri di Kanada terkejut selepas melihat dua objek terbang yang tidak dapat dikenal pasti (UFO) di ruang udara Sungai Winnipeg di Ottawa.

Enam warga Sri Lanka termasuk ibu, empat anak mati ditikam di Ottawa
Kejadian ini menggemarkan penduduk kerana pembunuhan secara beramai-ramai jarang berlaku di Kanada.

Dua maut, enam cedera insiden tembakan di majlis perkahwinan di Ottawa
Siasatan polis mendapati "tiada petunjuk serangan itu bermotifkan kebencian."

Kanada bimbang hasrat AS pertimbang kenakan semula tarif aluminium, keluli
Trudeau berkata dalam suasana persekitaran ekonomi yang sedang menghadapi tekanan, sangat penting untuk Kanada terus "mempunyai akses terhadap pasaran terpenting di dunia."

Keluarga silap kebumi mayat anak orang lain
Insiden itu berlaku selepas kematian bayi baru lahir, Tony Alagalak dan Alice Kinak di Hospital St Boniface pada April lalu.

Ramalan hujan lebat: Kanada isytihar darurat di timur negara itu
Ottawa dan Montreal diisytihar darurat ketika seluruh kawasan kejiranan di timur Kanada itu bakal menerima taburan hujan secara berlebihan dan berterusan sehingga hujung minggu.

PM Kanada dedah identiti diri sebagai Superman
Sebaik sahaja bertemu dengan kumpulan wartawan berkenaan, beliau membuka butang baju kemejanya dan mendedahkan kostum adiwira Superman.

Anggota tentera dan penyerang maut dalam insiden serangan di parlimen Kanada
Seorang anggota tentera Kanada dan seorang penyerang maut dalam insiden serangan keatas parlimen Kanada pada Rabu.