JAKARTA: Kisah seorang warga emas di Indonesia yang tidak dapat melihat jenazah isterinya buat kali terakhir telah menyentuh hati netizen di negara itu baru-baru ini.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @_nautami, Wakyani yang sudah mencecah usia 80 tahun meninggalkan kampungnya bagi mencari rezeki di perantauan.
Dalam video tersebut, Wakyani memberitahu, dia berasa cukup sedih kerana tidak dapat melihat isterinya buat kali terakhir kerana tidak mempunyai wang untuk membayar tambang pengangkutan awam.
Dengan linangan air mata, Wakyani yang mencari pendapatan sebagai penjual susu berkata, dia terkilan kerana tidak dapat mengebumikan jenazah isterinya.
“Saya tidak boleh bayangkan bagaimana isteri saya meninggal dunia seminggu yang lalu. Saya tidak boleh menemaninya dan berdoa kerana saya tidak mempunyai wang untuk pulang ke rumah,” kata Wakyani.
Video tersebut tular di media sosial dan mendapat lebih 1.2 juta tontonan. Malah, ramai netizen menyalurkan derma bagi membantu membiayai kos Wakyani untuk pulang ke kampung.
Dalam video terbaharu, pemilik akaun itu merakamkan detik bertemu semula dengan Wakyani yang masih setia bekerja keras menolak troli untuk menjual susunya walaupun dalam cuaca hujan.
“Tuhan hendak beri rezeki Wakyani melalui video supaya orang ramai berpusu-pusu menderma. Tak kira dari mana datangnya, di luar jangkaan,” ujar pemilik akaun tersebut.
"Terima kasih atas kesabaran dan ketabahan anda sehingga hari ini," tulis pemilik akaun itu. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sat Mar 30 2024
Wakyani cukup sedih kerana tidak dapat melihat isterinya buat kali terakhir kerana tidak mempunyai wang untuk membayar tambang pengangkutan awam. - Foto TribunTrends/TikTok
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
Warga emas lemas ketika memukat ikan
Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat, Ajil, pagi tadi.
Warga emas Kuala Pilah diberi pendedahan mengenai keselamatan siber
Ia satu pendekatan baik dalam memberi pendedahan kepada warga emas mengenai pentingnya keselamatan siber dan melindungi data peribadi.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
Warga emas rugi RM136,000 terperdaya tawaran perniagaan dalam talian
Seorang lelaki warga emas kerugian RM136,000 setelah terperdaya dengan penipuan perniagaan dalam talian, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili..
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
Warga emas didakwa cederakan rakan
Seorang warga emas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan rakannya hingga parah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Polis buka buka kertas siasatan kes aniaya kucing tular
Polis membuka kertas siasatan kes membabitkan seorang lelaki warga emas yang mengheret seekor kucing menggunakan jaring dipercayai kerana selalu membuang najis di hadapan rumahnya.
Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.