KHARTOUM: Angkatan Tentera Sudan mendakwa pihaknya berjaya menggagalkan percubaan pasukan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF) untuk merampas kuasa di negara itu.
Dalam satu kenyataan, Angkatan Tentera Sudan berkata, kesemua percubaan pemberontak dan ejen mereka dari dalam dan luar negara untuk mempromosi projek dengan menipu orang serta memalsukan fakta telah gagal.
Menurut kenyataan itu, Angkatan Tentera Sudan sedang berusaha untuk mewujudkan keadaan yang sesuai supaya agensi negeri dapat meneruskan kerja dan kehidupan dapat kembali normal secepat mungkin.
Setakat ini, RSF belum memberi sebarang komen berhubung kenyataan tersebut.
Baru-baru ini pertempuran meletus antara angkatan tentera dan RSF di Khartoum, ibu negara Sudan dan beberapa bandar berhampiran walaupun gencatan senjata dipersetujui selama tiga hari.
Kementerian Kesihatan Sudan mendedahkan, lebih 500 orang terbunuh dan lebih 4,000 cedera sejak konflik bermula pada 15 April lalu.
Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021 selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.
Tempoh peralihan Sudan yang bermula pada Ogos 2019, dijadualkan berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024.
Astro Awani
Sun Apr 30 2023
Orang awam menunggu di pelabuhan untuk dibawa keluar dari Sudan susulan konflik yang melanda negara itu. - Foto REUTERS
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai
Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini.
Korban di Sudan meningkat kepada 528 orang
Jumlah korban di Sudan akibat pertempuran berterusan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meningkat kepada 528 orang
Angkatan Tentera Sudan dakwa gagalkan percubaan rampasan kuasa RSF
Angkatan Tentera Sudan mendakwa pihaknya telah berjaya menggagalkan percubaan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) untuk merampas kuasa.
Malaysia kutuk pertempuran di Sudan, gesa adakan dialog
Malaysia mengutuk pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan RSF di Khartoum, ibu negara Sudan, yang mencetuskan pergolakan dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah.